Connect with us

Malaysia

Mak Amir hidapi masalah Mental, Henti Panggil Dia “Pembᴜn0h”

Published

on

MALAYSIA: Tular di laman sosial semalam apabila seorang pegguna Twitter telah memuat naik status yang menjelaskan bahawa ibu kandung Amir itu bukanlah pembᴜn0h sebenar seperti yang disangkakan.

Lelaki yang dikenali sebagai Iman (@imanjaii) itu turut berkongsi kepada umum mengenai kisah yang berlaku pada tujuh tahun lalu sebelum Amir diambil dan dijaga oleh keluarga angkat.

Jelas Iman, ibu kandung kepada Amir itu mempunyai masalah mental, dan wanita itu turut mempunyai surat yang mengesahkan tentang penyakit yang dihadapinya itu.

Amir turut mendedahkan yang ayah tiri Amir itu sebenarnya seorang yang panas baran dan kaki pukul.

“Mak arwah adik Amir ni ada sakit mental, istilah kalau orang kita cakap, ada surat punya orang laa gitu.

“Si suami, ayah tiri arwah ni pula, memang baran, orang kata kaki hayun, anak sendiri pun dia tibai inikan pula amir anak tirinya, lunyai kena,” tulisnya.

Tujuan Iman menceritakan semula kisah tersebut kerana dia mahu wanita di luar sana supaya lebih berhati-hati dalam memilih suami.

Bantal busuk pengganti adik – Norlida

Melaka: Bantal busuk milik arwah anak angkatnya menjadi pengganti untuk Norlida Abu Hassan melepaskan rindu.

Wanita berusia 48 tahun itu berkata, dia menyimpan bantal arwah yang dipanggil adik ketika mengambilnya untuk dibawa ke Makkah sewaktu menunaikan umrah pada 2019.

“Adik kata kepada saya ‘umi bawalah bantal dia’ dan apabila di Makkah ketika saya rindukan dia, saya akan peluk dan cium bantal itu sebelum tidur.

“Kini bantal itulah yang menjadi peneman saya. Setiap kali rindukan dia, saya akan dakap bantalnya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Melaka di sini, hari ini.

Norlida berkata, dia membelikan bantal itu ketika mula-mula menjaga arwah pada usianya dua bulan dan menjadi bantal busuk kesayangan.

Sementara itu, suami Norlida, Md Tarmidi Yaaccob, 52, berkata, keluarganya masih berbincang dengan keluarga arwah untuk membawa jenazah bagi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

Katanya, dia ada berjumpa ibu kandung arwah serta keluarganya yang lain untuk membincangkan hal itu namun belum ada keputusan.

“Kami merayu kepada mereka supaya benarkan jenazah dikebumikan di Rawang. Pada dasarnya mereka tidak bersetuju, namun kami tidak putus harapan untuk terus merayu selain meminta kerjasama polis.

“Walaupun keluarga kandung mempunyai hak tetapi atas rasa simpati dan prihatin kepada kami yang menjaganya sejak kecil, izinkanlah kami mengebumikan jenazah di tempat kami,” katanya.

Kira-kira 4 petang kelmarin, anak angkat Norlida berusia tujuh tahun ditemui meninggal dunia dipercayai didera di kediaman keluarga kandung di Taman Krubong Jaya, di sini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu