Malaysia
Mejar tentera antara tali barut bawa Warga Asing masuk ke Malaysia
MALAYSIA: Seorang pegawai tentera berpangkat Mejar antara enam anggota penguat kuasa yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana membantu ahli kumpulan jeenaayaah terancang di daerah ini antara Sept 2017 hingga April 2020.
Turut didakwa seorang anggota tentera berpangkat Sarjan dan empat anggota polis berpangkat Koperal dan Lans Koperal.
Kesemua tertuduh iaitu Zaifol Abdul Hamid, 43; Mohammad Riduan Razali, 35; Hong Tiong Khim, 24; Mohd Ariff Mustapa, 54; Muhammad Safuan Taharin, 29; dan Saddam Hussen Ismail, 29; sekadar mengangguk faham ketika pertuduuhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Zahilah Mohammad Yusoff.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuuduh.
Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan membantu ahli kumpulan jeenayaah terancang ‘Geng Otong’ di daerah Kota Tinggi dari 28 Sept 2017 hingga April 2020.
Atas kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130W Kanun Keseeksaaan (Akta 574) dan boleh dihukuum di bawah seksyen yang sama.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Putrajaya Idham Abd Ghani dan Rohaiza Abd Rahman.
Peguam Lydiana Mansor mewakili Saddam Hussen dan Hong; Ahmad Yusri Ahmad Fuad mewakili Muhamad Safuan dan Zaifol; Farid Aziz mewakili Mohammad Riduan dan Jefri Jaafar mewakili Mohd Ariff.
Mahkamah tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 15 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pada 2 Julai lepas, 51 anggota Geng Otong termasuk warga Indonesia dan Myanmar didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan menganggotai kumpulan jeenaayah terancang sekali gus mendalangi sindiket penyeludupan migran, antara 2015 hingga tahun ini.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera