Malaysia
Muhyiddin mahu selamatkan Negara atau Dirinya, Anwar Kata Diktator

MALAYSIA: Sejak kelmarin, desas-desus tersebar luas mengatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal membuat satu keputusan besar dan mengejutkan lebih 31 juta rakyat Malaysia.
Tanda-tanya langkah terkini Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin diperkuatkan dengan pengesahan satu mesyuarat Kabinet diadakan pagi semalam, hanya dua hari selepas mesyuarat Kabinet mingguan diadakan pada Rabu lalu.
Mesyuarat Kabinet terkini itu dianggap ‘luar biasa’, sekali gus membawa spekulasi awal kemungkinan berlakunya rombakan Kabinet atau pembubaran Parlimen.
Bermula 13 Oktober lalu, rakyat negara ini sudah berdepan dengan polemik percaturan politik yang merimaskan membabitkan watak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibahim; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin sendiri.
Bagaimanapun, pagi semalam, Sinar Harian menerima berita mengejutkan apabila Jemaah Kabinet didakwa telah bersetuju membuat keputusan untuk mengisytiharkan daarurat dengan Muhyiddin sendiri dikatakan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong atas tujuan itu.
Kali terakhir negara mengisytiharkan daarurat seluruh negara adalah selama dua tahun selepas peristiwa 13 Mei 1969 sehingga 1971, dan sebelum itu selama 12 tahun pada tahun 1948 sehingga 1960 kerana ancaman pengganas komunis.
Haayat politik
Ancaman gelombang ketiga pandemik Covid-19 diakui amat membimbangkan pada ketika ini dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes jangkitan bakal menjangkau 1,200 kes sehari dalam tempoh masa terdekat.
Namun dengan kerajaan masih belum melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adakah pelaksanaan daarurat benar-benar bertujuan menyelamatkan Malaysia atau sekadar menyambung hayat politik Muhyiddin?
Pakar perlembagaan daripada Universiti Teknologi Malaysia, Dr Muhammad Fathi Yusof berpandangan pelaksanaan daarurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan pada saat penularan pandemik Covid-19 semakin kritikal adalah keputusan tepat.
Beliau turut menjelaskan pelaksanaan daarurat itu juga bukan perkara luar biasa, mengambil kira sejumlah 79 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Thailand, Australia dan Filipina sudah melaksanakan inisiatif sama sebelum ini.
“Pelaksanaan daarurat merupakan satu ruang yang disediakan Perlembagaan Persekutuan bagi memberi peluang kepada kerajaan sedia ada menyelesaikan masalah negara yang tidak boleh diselesaikan menerusi kaedah pentadbiran biasa.
“Daarurat juga tidak perlu dianggap sesuatu perintah bersifat pemerintahan diktator atau ketenteraan.
“Ini berdasarkan pengalaman negara mengharungi beberapa pelaksanaan daarurat sebelum ini, ia masih dijalankan berlandaskan pentadbiran awam. Tambahan pula, apabila daarurat diisytiharkan berkaitan isu kesihatan seperti Covid-19, saya menjangkakan tiada implikasi besar terhadap ruang kebebasan rakyat akan berlaku,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Ditanya mengenai bentuk kerajaan yang akan ditubuhkan selepas daarurat dilaksanakan, Muhammad Fathi menjelaskan segalanya terpulang kepada kebijaksanaan Seri Paduka Baginda dalam meneliti langkah itu kerana ia tidak semestinya menyebabkan Parlimen terbubar.
Selamatkan kerajaan
Mengenai aspek pergerakan rakyat sekiranya daarurat dilaksanakan, pakar undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar pula berpandangan rakyat tidak perlu bimbang kerana peraturan pergerakan mereka masih terpakai mengikut kaedah pentadbiran awam seperti biasa.
“Sekiranya berlaku daarurat, sebarang keputusan pelaksanaan PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih lagi terpakai sebagaimana berkuat kuasa ketika ini tanpa perlu pelaksanaan ‘perintah berkurung’.
“Selain itu, tiada jangka masa tertentu yang ditetapkan untuk proklamasi daarurat. Oleh itu selagi mana proklamasi tersebut tidak dibatalkan Yang di-Pertuan Agong atau dirungkaikan oleh Parlimen, maka proklamasi tersebut tetap berjalan dan kuasa daarurat bawah proklamasi tersebut boleh digunakan,” katanya.
Dari sudut pandang politik, pelaksanaan daarurat seolah-olah dilihat hendak menyelamatkan kerajaan Muhyiddin yang dipercayai sudah hilang majoriti sokongan ahli Parlimen.
Ada baik, ada bvruknya
Penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain menyifatkan pelaksanaan daarurat belum perlu diisytiharkan lagi, memandangkan kerajaan masih boleh melaksanakan semula PKP sebagaimana diimplementasi pada bulan Mac lalu.
“Saya melihat tujuan daarurat dilaksanakan, sekiranya berlaku, tidak lebih sekadar memastikan kerajaan PN dapat mengelakkan dua persidangan penting Dewan Rakyat pada 2 November dan 6 November ini.
“Dengan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Muhyiddin yang dikemukakan lebih 20 ahli Parlimen dan kebimbangan usul Belanjawan 2021 tidak diluluskan susulan blok kerajaan kalah undi, langkah daarurat yang secara automatik mengakibatkan Parlimen tergantung sekurang-kurangnya dapat ‘menyelamatkan’ hayat kerajaan buat masa sementara waktu,” katanya.
Pelaksanaan daarurat sekiranya diputuskan Seri Paduka Baginda kelak adalah sah dari segi undang-undang dan tidak boleh dicabar mana-mana mahkamah.
Namun begitu, dari aspek moral politik, pelaksanaan daarurat tidak sewajarnya berlaku kerana rakyat melihat langkah itu sekadar bermotifkan politik semata-mata.
“Oleh kerana rakyat memahami kerajaan PN kini ‘goyang’, saya bimbang rakyat akan melakukan penolakan terhadap kerajaan sedia ada sekiranya daarurat menjadi kenyataan.
“Imej Muhyiddin dan kerajaan berkemungkinan akan bertambah bvruk dengan defisit kepercayaan rakyat terhadap kerajaan semakin terjejas,” katanya.
Dari sudut pandang ekonomi pula, penganalisis ekonomi, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berpendapat proklamasi daruurat ada baik dan burvknya.
“Dari sudut kebaikan, politik negara akan menjadi lebih stabil, kerajaan akan lebih fokus menangani isu kesihatan serta ekonomi dan perkara itu secara tidak langsung menyumbang pemulihan ekonomi domestik.
“Namun, dari segi pandangan pelabur asing, proklamasi daruurat tidak disukai mereka dan menjejaskan minat untuk terus melabur di negara ini. Ada kemungkinan aliran keluar pelaburan terutama membabitkan bursa saham secara besar-besaran akan berlaku,” katanya.
-
Malaysia3 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia3 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia3 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia3 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia3 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia3 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan3 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia3 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera