Malaysia
Muhyiddin Yassin sertai UMNO, ini kata Ismail Sabri
MALAYSIA: Banyak pihak meminta agar Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai semula parti UMNO yang telah memecatnya sebelum ini. Namun begitu tiada kenyataan rasmi daripada Perdana Menteri itu untuk menyertai semula parti lamanya atau kekal bersama BERSATU.
Walaupun begitu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa penyertaan semula Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke dalam UMNO akan dibincangkan sekiranya beliau membuat permohonan secara rasmi sahaja.
Tambahnya lagi, sehingga ke hari ini, pelawaan kepada bekas pemimpin tertinggi UMNO itu hanya bersifat peribadi dan tidak mewakili parti.
“Jemputan untuk Tan Sri Muhyiddin daripada individu, individu dalam parti bebas untuk bercakap tetap tidak dibawa ke mesyuarat majlis tertinggi. Ada 2 atau 3 orang pemimpin kita bercakap kalau yang sudah keluar parti dan nak masuk balik kita akan bawa ke mesyuarat MT”
“Itu pun sekiranya TSMY atau mana-mana individu tersebut membuat permohonan secara rasmi. Kalau tiada permohonan maknya hanya cakap-cakap kosong sahaja” – Jelas Ismail Sabri
Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kanan Kluster Keselamatan itu bagi memberi penjelasan pandangan beberapa orang pemimpin UMNO yang bersedia menerima kembali Muhyiddin daam parti itu dan diangkat sebagai calon PErdana Menteri Perikatan Nasional.
SEbelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan mengatakan bahawa pemecatan Muhyiddin Yassin dari UMNO boleh diubah dan beliau (Muhyiddin) akan diterima semula sekiranya berminat.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera