Malaysia
Murid darjah 2 Positif cov-19, Sekolah belum diarah tutup hanya cuti khas Selasa ini
MALAYSIA: Sebentar tadi Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan laporan terkini cov-19 di Malaysia dengan 11 kes direkodkan. Daripada jumlah keseluruhan tersebut 10 kes merupakan kes import manakala 1 kes adalah penularan tempatan.
Terbaru pula memetik laporan daripada Malaysiakini memaklumkan bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Subang mengesahkan bahawa salah seorang pelajar mereka dikesan positif cov-19.
Menurut sumber memetik laporan China Press, pengerusi sekolah tersebut sebagai berkata mengesahkan bahawa ia melibatkan pelajar darjah 2.
Menurutnya, murid tersebut dikatakan telah pergi mengunjungi Malaysia Timur sebelum kembali pada awal bulan ini.
Murid ini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh. Namun begitu sekolah kini sedang menunggu arahan daripada Jabatan Pendidikan sama ada sekolah tersebut harus ditutup atau dibuka.
Buat masa ini, Sekolah hanya memberikan cuti khas iaitu pada hari SElasa dan akan dibuka semula pada hari rabu ini.
Kepada ibu bapa diluar sana, jaga anak-anak anda di rumah pada hujung minggu dan cuti sempena cuti Merdeka ini. Pastikan anda anda mempunyai kesihatan yang baik sebelum kembali masuk ke SEkolah.
Buat masa ini tiada laporan rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai kes pelajar tahun dua ini. Berkemungkinan esok Ketua Pengarah Kesihatan akan memberi makluman kepada semua.
Laporan cov-19 hari ini
Pada hari ini Malaysia merekodkan 11 kes baharu CoV-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan 10 kes import dan satu kes penularan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes positif di Malaysia setakat ini sebanyak 9,317 kes sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan CoV-19 pada masa ini sebanyak 154 kes.
“Daripada 10 kes import itu, enam merupakan rakyat Malaysia dan empat lagi adalah warga asing,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan harian CoV-19 hari ini.
Katanya lapan kes import tersebut dari India (7 kes dilaporkan di Kuala Lumpur dan 1 di Selangor) serta masing-masing satu dari Indonesia (dilaporkan di Selangor) dan Qatar (dikesan di Kuala Lumpur).
Kes tunggal penularan tempatan pula melibatkan rakyat Malaysia di Sarawak yang dikesan melalui saringan prapembedahan di Hospital Umum Sarawak, katanya.
Dr Noor Hisham berkata bagi tempoh sama hingga 12 tengah hari tadi, terdapat lapan kes pulih menjadikan jumlah kumulatif pesak1it yang pulih sepenuhnya daripada jangkitan CoV-19 seramai 9,038 kes atau 97 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
“Hingga kini terdapat lapan kes positif CoV-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan enam memerlukan bantuan pernafasan.
“Tiada pertambahan kes keemaat1ian berkaitan CoV-19 dilaporkan hari ini dan jumlah kumulatif kes keemaat1ian CoV-19 di Malaysia kekal sebanyak 125 kes (1.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah menjalankan siasatan mengenai kes positif CoV-19 dalam kalangan anggota di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka selepas tiga kes dikesan di hospital berkenaan.
“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pihak Angkatan Tentera Kem Terendak bersama pihak Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah membuat penilaian risiko ke atas anggota,” katanya.
Beliau berkata setakat hari ini (29 Ogos), seramai 109 orang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif tersebut dan mereka telah disaring dan kini menunggu keputusan ujian CoV-19.
“Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah diberikan kepada kontak rapat. Bagi individu yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernaafassan t3ruuk, mereka akan dirujuk ke hospital untuk isolasi dan rawatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata saringan kontak rapat dan aktiviti di lapangan masih diteruskan serta situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
— BERNAMA
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera