Connect with us

Malaysia

Najib didenda RM210 Juta dan Hukuman Penjara 72 Tahun – Rayuan Ditolak

Published

on

Najib didenda RM210 Juta dan Hukuman Penjara 72 Tahun - Rayuan Ditolak

MALAYSIA: Pagi tadi keputusan bagi pertuduhan keatas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melibat SRC International Sdn Berhad tidak memihak kepada bekas Perdana Menteri itu apabila beliau disabitkan dengan pertuduhan tersebut.

Mengikut sumber SiakapKeli, Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 72 tahun dan denda RM210 juta terhadap beliau selepas mendapati bersalah atas 7 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT).

Selain itu beliau juga dituduh, pengubahan wang haram, penyalahgunakan kedudukan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Namun begitu, bekas Perdana Menteri itu perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan hukuman penjara itu dilaksanakan serentak.

Najib Razak juga dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap 3 pertuduhan kes CBT dan setiap kes pengubahan wang haram manakala 12 tahun penjara serta denda RM210 juta, atau penjara lima tahun dalam kes menyalahguna kedudukan.

Mahkamah Tinggi tolak perbicaraan rayuan

Petang tadi Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menotal pendengaran rayuan bagi mengurangkan hukuman ditangguhkan namun tertuduh wajib memberikan alasan yang munasabah bagi menjustifikasikan penangguhan itu.

“Ini telah dilakukan di hampir semua mahkamah rendah. Mahkamah rendah membenarkan permohonan untuk menangguhkan pendengaran rayuan untuk meringankan hukuman bagi membolehkan kedua-dua pihak melakukannya dengan sempurna dan fakta tertentu diperjelas,” kata peguam itu.

Ketika merujuk satu lagi kes, Muhammad Shafee berkata hukuman dijatuhkan pada hari lain dan ia adalah satu prosedur biasa.

“Di Amerika Syarikat, dalam kes bunuh, hukuman dijatuhkan pada tarikh berasingan,” katanya.

Pada peringkat ini, Mohd Nazlan menyoal peguam itu sama ada kebanyakan kes yang dirujuknya membabitkan tertuduh yang berada dalam tahanan.

Muhammad Shafee menjawab tidak semua tertuduh berada dalam tahanan sementara menunggu pendengaran rayuan bagi meringankan hukuman dan jatuh hukum.

“Malah seorang Timbalan Pendakwa Raya kanan yang tidak mahu dikenali mengesahkan kepada saya bahawa adalah menjadi prosedur rutin di mahkamah rendah menetapkan tarikh lain untuk mendengar rayuan bagi meringankan hukuman dan menjatuhkan hukuman,” katanya.

Mohd Nazlan: Apa status tertuduh?

Muhammad Shafee: Yang Arif boleh katakan bahawa jaminan dilanjutkan.

Timbalan Pendakwa Raya ad hoc V. Sithambaram pula berkata sesetengah kes yang dirujuk Muhammad Shafee membabitkan tertuduh yang mengaku bersalah.

Beliau berkata mahkamah perlu mengenakan beberapa syarat ke atas tertuduh jika penangguhan dibenarkan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu