Connect with us

Malaysia

Ya Allah syukur atas hidayah, Neelofa berniqob disambut baik oleh Keluarga

Published

on

MALAYSIA: Ibu kepada hos dan ahli perniagaan berjaya, Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed ada memuat naik sepotonh video pendek yang nyata mencuri perhatian wargamaya, hari ini.

Video yang berdurasi kurang 20 saat itu merakamkan dirinya yang mendakap dan mengucup Neelofa yang dilihat tampil mengenakan niqab dan tudung serba putih.

“MashaAllah, mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dgn karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang bnyk mengajarku, yang menjadi inspirasiku.

“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yg kau kurnia kan dan ku mohon kurniakan hidayah yg terbaik untuk ku , seluruh keluarga ku dan seluruh umat manusia.. amiiin.

“Love you bidadariku @neelofa #anakluarbiasa,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya turut menyambut baik terhadap kapsyen yang dinukilkan Kartini selain mendoakan yang terbaik buat Neelofa sekeluarga

Moment sama turut dikongsikan Neelofa menerusi Insta Stories di Instagram.

Menurut sumber video itu kini mendapat ulangan lebih daripada 50,000.

Neelofa Neekad Bertudung Selepas Berdoa Memohon Petunjuk

Ramai yang tak menyangka bahawa selebriti yang tengah popular sekarang ini, Neelofa telah mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya dengan bertudung litup.

Sebelum ini peminat pernah melihat dia bertudung sewaktu muncul mengacarakan rancangan Meletop tapi ianya sekadar menghormati peristiwa Isra’ Mi’raj.

Bagaimanapun sejak tibanya bulan puasa kali ini, Neelofa neekad memakai tudung bermula dari Ramadhan kedua tempoh hari. Bertambah cantik berserilah Neelofa lepas ni.

Memang betul ini imej terbaru daripada saya dan kenapa saya pilih untuk berhijab biarlah ianya kekal sebagai cerita peribadi saya.

Perkara ini terjadi atas doa dan sokongan orang di luar sana, peminat-peminat, keluarga, terutama mama saya.

Saya mula berhijab pada hari kedua Ramadhan dan saya neekad untuk bertudung setelah sekian lama berdoa kepada Allah untuk diberikan petunjuk dan jalan yang terbaik buat saya.

I feel like it completes me. Saya mengharapkan orang di luar sana untuk terus mendoakan dan menyokong saya dan saya amat menghargai setiap sokongan yang diberikan.

Alhamdulillah, makin ramai selebriti wanita tempatan yang membuat keputusan untuk berhijab. Tak semestinya bila bertudung, populariti akan jatuh, betul tak?

Apapun kita doakan yang terbaik buat Neelofa. Semoga penghijrahan ini memberi seribu satu kebaikan di dalam kehidupan Neelofa dan kerjayanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu