Connect with us

Malaysia

Terkini “P0lis sahkan wanita ini Tidak Mabvk”, Ini Alasan Kenapa Dia Lwn Arus.

Published

on

MALAYSIA: BUKIT MERTAJAM: Polis menafikan insiden seorang wanita yang memandu secara melawan arus hingga melanggar tiga kenderaan lain dalam kejadian di susur ke Jalan Perusahaan Perai, dekat sini petang semalam adalah disebabkan pemandunya mabuk.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata pemandu wanita terbabit, sebaliknya berbuat demikian kerana mahu menggunakan jalan pintas.

Beliau berkata, polis sudah mengambil keterangan pemandu wanita berusia 31 tahun itu sebelum dia dibebaskan dengan jaminan.

“Melalui siasatan dia tidak memandu di bawah pengaruh alkohol, sebaliknya mahu guna ‘shortcut’ (jalan pintas),” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, wujud dakwaan daripada segelintir warganet yang menyatakan pemandu wanita itu memandu dalam keadaan mabuk hingga menjadi bualan hangat dalam media sosial.

Dalam kejadian jam 6.20 petang semalam, dua pemandu kereta lelaki berusia 26 dan 29 tahun serta seorang penunggang motosikal lelaki, 31 tahun menempuh detik cemas apabila ketiga-tiga mereka tidak sempat mengelak dan bertembung dengan kereta yang dipandu wanita terbabit.

Kemlngan itu mengakibatkan kesemua mngsa termasuk pemandu wanita berkenaan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya bagi menerima rawatan susulan keceedeeraan kecil dialami mereka.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Wanita memandu lawan arus, 4 kenderaan terbabit kemlngan

BUKIT MERTAJAM – Tindakan seorang wanita memandu kereta secara melawan arus menyebabkan berlaku kealngn dengan tiga kenderaan lain di susur Jalan Perusahaan Perai, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 6.20 petang itu, semua mngsa terbabit dalam kemlngn berkenaan termasuk pemandu wanita itu ceedeera dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata polis dimaklumkan kejadian itu pada jam 6.30 petang membabitkan tiga pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal.

“Ketika polis tiba, semua mngsa dilaporkan ceedeera sudah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Berdasarkan siasatan, kemlngn dipercayai berlaku susuan tindakan seorang wanita berusia 31 tahun yang memandu melawan arus dan kemudian melanggar dua kereta dipandu lelaki masing-masing berusia 26 dan 29 tahun serta seorang penunggang motosikal berusia 31 tahun yang datang dari arah hadapan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut kes itu dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada Jumaat lalu, media melaporkan seorang lelaki dirakam menunggang motosikal disyaki curi secara melawan arus di Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE).

Dua minggu sebelum itu, terdapat kejadian sebuah kereta melawan arus kerana cuba mengelak melalui sekatan jalan raya berhampiran Kilometer 2.5 Lebuhraya Lingkaran Luar (LLB) dekat Perai.

Ini menjadikan tiga kejadian kenderaan melawan arus dilaporkan berlaku di Pulau Pinang dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu