Malaysia
Pejabat KWSP Diserbu Pencarum, Cara Mendaftar i-Akaun untuk pengeluaran i-Sinar
MALAYSIA: Kuala Terengganu: Orang ramai mula menyerbu Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Terengganu bagi urusan mendaftar i-Akaun dan permohonan pengeluaran i-Sinar, hari ini.
Tinjauan NSTP mendapati pencarum mula berada di pejabat KWSP Terengganu seawal 7.15 pagi walaupun operasi hanya bermula jam 8.30 pagi.
Sehingga 1 tengah hari tadi, hampir 1,000 pencarum hadir dengan kebanyakannya untuk urusan i-Sinar.
Walaupun pendaftaran i-Sinar boleh dilakukan secara dalam talian namun pencarum hadir sendiri ke KWSP kerana beberapa masalah teknikal selain kekeliruan dengan proses pendaftaran.
Tinjauan juga mendapati urusan berkenaan dilakukan di kiosk yang disediakan selain turut membuka beberapa kaunter khas untuk tujuan berkenaan.
Bagi pencarum yang mempunyai urusan lain di KWSP, mereka perlu membuat temu janji secara dalam talian terlebih dahulu.
Semua pencarum yang datang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.
Pengusaha butik pengantin di Kuala Berang, Nur Ain Chi Hashim, 33, berkata, dia terpaksa mengeluarkan wang simpanannya di KWSP menerusi i-Sinar kerana pendapatannya terjejas akibat pandemik Covid-19.
“Memang pendapatan terjejas hampir 80 peratus apabila banyak pakej perkahwinan dibatalkan atau ditukar kepada pakej yang lebih kecil.
“Apabila kerajaan membenarkan pengeluaran ini, saya memang bersyukur kerana ia boleh digunakan untuk perbelanjaan harian,” katanya.
Bagi Yusri Mohd, 27, yang bekerja sebagai pembantu juru ukur, dia memohon i-Sinar kerana gajinya terjejas sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Gaji saya dipotong dan memang sangat terkesan kerana ada komitmen bulanan seperti rumah dan perbelanjaan harian.
“Saya tahu wang di dalam KWSP ini untuk simpanan masa depan tetapi saya sangat memerlukan duit ini untuk perbelanjaan harian,” katanya yang berasal dari Marang.
Untuk rekod, semua pejabat KWSP di negeri ini beroperasi seperti biasa bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera