Malaysia
Berita Gembira Buat Rakyat Diumumkan Perdana Menteri berkaitan Pengeluaran Akaun 1 KWSP
MALAYSIA: Isu pengeluaran akaun 1 KWSP telah mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas perkara itu dicadangkan oleh Yang Berhormat Pekan, Datuk Seri Najib Razak.
Kerajaan sedia mengkaji cadangan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dari akaun satu untuk membantu rakyat yang menghadapi kesusahan dan yang benar-benar memerlukan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara itu telah dibincangkan beliau bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Tegasnya, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, Muhyiddin akui perlu diimbangi keperluan jangka pendek individu yang terjejas dengan masa hadapan jangka panjang dan keperluan simpanan persaraan.
“Kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan bagaimana kita dapat membantu rakyat yang menghadapi kesusahan dan mereka yang benar-benar memerlukan.
“Sama ada mereka ini boleh kita benarkan untuk keluar peruntukan dari akaun satu – yang biasanya kita tahu ia adalah untuk jangka masa panjang apabila umur mereka sudah tua atau apabila tidak ada duit.
“Jadi reaksi awal kita adalah seboleh mungkin, jangan sentuh wang itu.
“Ya, mereka menghadapi keadaan yang amat susah, sebab itu belanjawan nanti kalau ditunggu mungkin ada pemberian dan bantuan yang kerajaan sampaikan.
“Kalau itu dianggap memadai, tidak perlu keluarkan wang yang telah disimpan (akaun 1 KWSP) itu,” katanya pada sesi Wawancara Khas Pra-Belanjawan 2021 bersama media secara maya hari ini.
Jelasnya, Kerajaan sudah melaksanakan kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada 7 peratus dan juga i-Lestari yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 sebanyak RM6,000 seorang.
“Hampir 70 peratus daripada ahli KWSP memilih untuk mengurangkan caruman pekerja 11 peratus ke 7 peratus yang kini menyumbang kepada meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) sebanyak hampir RM700 juta sebulan.
“Pada masa yang sama, lebih daripada 30 peratus ahli KWSP mempunyai simpanan KWSP kurang daripada RM5,000 dan dengan itu, simpanan KWSP tidak semestinya dapat menangani masalah aliran tunai pencarum KWSP,” katanya.
Para pencarum diharap bersabar, tunggu pengumuman Belanjawan 2021 – KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menasihati para pencarum supaya bersabar dan menunggu pengumuman Belanjawan 2021.
Ketua Pegawainya, Alizakri Alias berkata, pihaknya memahami keperitan yang dihadapi oleh mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.
Bagaimanapun, para pencarum perlu memikirkan masa depan memandangkan caruman merupakan simpanan pada masa tua, jelasnya.
“Jadi sekarang kalau anggota-anggota kita mengambil duit daripada tabung masa depan mereka, mereka tidak akan mempunyai benih (simpanan) lagi pada masa tua.
“Saya pasti mereka tidak mahu kehidupan yang susah sebab mereka sudah bertahun-tahun lelah bekerja untuk menabung dan apabila usia 60 tahun, mereka tidak mempunyai wang lagi,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Alizakri menegaskan bahawa KWSP komited meringankan beban para pencarum yang terjejas dengan menyediakan bantuan secara holistik termasuk menerusi pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2.
Sehubungan itu, beliau menaruh kepercayaan bahawa kerajaan akan memastikan tiada mana-mana pihak akan ketinggalan, sebaliknya menerima manfaat menerusi Pembentangan Belanjawan 2021 yang dijangka pada 6 November ini.
“Jadi, saya menyarankan buat masa ini kita bersabar, kita tunggu Belanjawan 2021 dibentangkan dan apabila ia dibentangkan, kita akan melihat perbelanjaan yang diperlukan itu sama ada mampu ditanggung oleh kerajaan (atau sebaliknya),” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, beliau berharap agensi berkaitan boleh bersama-sama membantu para pencarum yang kehilangan pekerjaan khususnya untuk memperkasakan semula kumpulan tersebut.
Sejak April lalu, dianggarkan lebih RM11 bilion sudah dikeluarkan oleh seramai 4.7 ahli KWSP menerusi i-Lestari.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera