Malaysia
Pertikai kuasa YDPA, Persatuan UMANY Mohon Ampun Daripada Agong, Gesa Polis Henti Siasatan
MALAYSIA: KUALA LUMPUR – Persatuan Belia Baharu University Malaya (UMANY) menzahirkan permohonan ampun dan maaf daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana mempertikaikan kuasa baginda.
UMANY dalam kenyataannya berkata, mereka mematuhi sistem raja berpelembagaan di Malaysia serta menghormati peranan Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan negara.
Katanya, UMANY juga menarik balik kenyataan bertajuk “YDPA Should Not Interfere in National Affairs” yang dipaparkan di halaman Facebook bahasa Cina dan bahasa Inggeris UMANY pada 30 Oktober 2020.
Tindakan itu, katanya, dibuat selepas merujuk kepada pakar-pakar Perlembagaan.
“Selain menzahirkan maaf kepada masyarakat, pihak UMANY ingin secara khususnya mengemukakan permohonan maaf dan memohon ampun Tuanku atas kekurangan pemahaman kami terhadap Perlembagaan,” kata UMANY.
Menurut UMANY, kenyataan 30 Oktober lalu adalah untuk perbincangan akademik dan tidak berniat menghasut sambil mendakwa Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia juga merupakan undang-undang zalim yang menindas kebebasan bersuara rakyat.
Dalam kenyataan itu, UMANY juga menuntut pihak polis menghentikan segala siasatan yang dijalankan di bawah akta-akta tersebut terhadap ahli-ahli UMANY.
Persatuan itu juga menggesa kerajaan agar memansuhkan undang-undang zalim yang didkwa menyekat kebebasan bersuara.
“Pihak UMANY juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan solidariti kepada pihak kami semasa dipanggil oleh pihak polis untuk memberi kenyataan.
“Pihak UMANY akan meneruskan usaha pihak kami dalam memupuk dan mempertahankan kebebasan demokrasi di Malaysia bersama dengan masyarakat sivik demi Malaysia yang lebih baik,” katanya.
Presiden UMANY, Yap Wei Qin sebelum ini mendakwa pihak polis telah menyalahguna kuasa apabila melakukan siasatan terhadap enam ahli jawatan kuasa persatuan tersebut dan menganggap keterangan yang diberi oleh beliau dan naib presidennya 5 November telah memadai.
Selain itu, bekas presiden UMANY juga ditahan polis kerana mengganggu siasatan apabila bertindak membuat rakaman video kehadiran polis ke kediaman mereka.
Terdapat 70 laporan polis dibuat terhadap hantaran UMANY di laman Facebook yang disifatkan sebagai menghina Yang di-Pertuan Agong. – MalaysiaGazette
Bekas presiden Umany didkwa esok
Menurut sumber MalaysiaKini, Bekas presiden Persatuan Pemuda Baru Universiti Malaya (Umany), Wong Yan Ke akan didkwa di Mhkamah Majistret Petaling Jaya esok.
Wong mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
“Penjamin saya yang menandatangani dokumen ketika saya dibebaskan dengan jaminan polis menerima panggilan daripada polis, yang memaklumkan kepadanya bahawa saya akan didkwa esok,” katanya.
Menurut Wong, dia akan didkwa di bawah sksyen 188 Kanun Kesksaan, iaitu mengingkari perintah yang diisytiharkan penjawat awam.
Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenyah, DCP Mior Rafidalathrash Wahid dalam kiriman pesanan teks kepada Malaysiakini mengesahkan Wong akan didkwa esok.
Wong ditahan pada 7 Nov ketika polis menggeledah rumah Presiden Umany, Yap Wen Qing berhubung artikel yang diterbitkan oleh persatuan itu mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong.
Peguamnya Chong Kar Yan, yang berada di tempat kejadian, berkata anak guamnya itu ditahan kerana cuba merakam video anggota polis ketika kejadian.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal sebelum ini memberitahu Wong ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam.
Sementara itu, polis sedang menyiasat Umany di bawah Akta Hasutan dan juga Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung artikel itu, yang menyaksikan banyak laporan dibuat terhadap persatuan tersebut.
Artikel pada 30 Oktober itu dikeluarkan susulan penolakan Agong atas permintaan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat.
Seri Paduka dalam titah baginda turut menasihati semua anggota Parlimen agar menyokong Belanjawan 2021.
Umany berpendapat Agong “tidak boleh campur tangan dalam urusan negara, harus selalu mengekalkan sikap neutral dan memainkan peranan dalam kerangka yang dibenarkan oleh perlembagaan”.
Bagaimanapun dalam hantaran Facebook hari ini, persatuan itu menarik balik artikel itu dan memohon maaf kepada Seri Paduka.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera