Malaysia
Anwar mahu jadi Perdana Menteri, PRU15 Boleh Jadi Diadakan Lebih Awal – Pakar Perlembagaan
MALAYSIA:Hasrat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri dalam masa terdekat boleh mencetvskan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan lebih awal.
Pakar perlembagaan yang merupakan Felo Penyelidik Undang-undang dan Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, nasib Anwar bergntung sepenuhnya kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong sama ada untuk menerima atau men0lak nasihat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Selaku Perdana Menteri, Muhyiddin boleh terus meletakkan jawatan atau meminta Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan terpulang untuk baginda sama ada untuk menerima atau men0lak permintaan itu.
“Jika permohonan dit0lak, maka Anwar akan dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan dan kalau berlaku yang sebaliknya maka berlakulah PRU15,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Semalam, Anwar mendakwa telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 13 Oktober ini.
Dipercayai, tujuan ketua pembangkang itu mahu menghadap Seri Paduka Baginda kerana beliau dikatakan sudah mempunyai sokongan yang kuat untuk membentuk satu gabungan bagi menubuhkan kerajaan baharu.
Tambah Muhammad Fathi, Anwar juga akan berdepan dengan beberapa cabaran lain meskipun beliau berjaya membuktikan Muhyiddin hilang majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.
“Terdapat kemungkinan Anwar mempunyai sokongan untuk menjatuhkan Muhyiddin tetapi tidak mempunyai sokongan untuk menjadi Perdana Menteri.
“Tidak mustahil mereka yang menyatakan sokongan kepada Anwar berbuat demikian semata-mata untuk memastikan berlaku PRU lebih awal.
“Berdasarkan beberapa kenyataan umum, kelihatan tokoh-tokoh dari UMNO sangat mengharapkan agar PRU diadakan segera.” katanya.
Katanya, besar kemungkinan UMNO hanya menggunakan Anwar sebagai alat untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memandangkan kebanyakan pemimpin mereka dilihat yakin untuk menghadapi PRU dan mengambil kembali kuasa yang hilang dalam PRU lepas.
Selain itu, Muhammad Fathi turut berpendapat rundingan untuk membentuk kerajaan baharu juga kemungkinan besar gagal akibat daripada perbezaan ideologi parti yang terdapat dalam kerajaan yang menggantikan PN.
“Walaupun wujud kemungkinan elemen-elemen tertentu dalam UMNO benar-benar ingin menyokong Anwar menubuhkan kerajaan baharu, hal berkenaan bukan satu jaminan yang kukuh.
“Konflik akan mula wujud khususnya antara elemen UMNO dan DAP yang pada zahirnya amat sukar untuk bergabung.
“Keadaan yang demikian jika tidak dapat dirungkaikan akan membawa kepada PRU15 dalam tempoh terdekat ini,” katanya.
Sumber: SInar Harian
Anwar Ibrahim bertemu Agong Selasa ini
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 13 Oktober ini.
Beliau dalam satu kenyataan akhbar hari ini berkata, Seri Paduka telah memperkenankan permintaannya untuk bertemu dan menetapkan tarikh tersebut.
“Pada majlis menghadap tersebut, saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.
“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing serta menghormati peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.
Pada 23 September lalu, Anwar memaklumkan sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sehari sebelum itu, namun ditangguhkan kerana Seri Paduka menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Sebelum ini Anwar mendakwa beliau mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau mendakwa sokongan itu terdiri daripada pelbagai parti termasuk yang menyokong kerajaan sedia ada, namun enggan mendedahkan jumlah sebenar yang menyokongnya.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera