Malaysia
Polis tahan semula 22 saspek Macau Scam, Mark Adam antara yang dipanggil SPRM
MALAYSIA: Ipoh: Seramai 22 suspek Macau Scam yang ditahan polis di Perak akhir bulan lalu ditahan semula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan lain.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak, Superintendan Hasbullah Abd Rahman berkata, tempoh reman semua individu warga tempatan berumur antara 18 hingga 27 tahun itu sejak 30 Oktober lalu berakhir hari ini.
“Hari ini kesemua mereka ditahan semula bersangkut kes lain tetapi tetap membabitkan penipuan dan kita akan mengemukakan permohonan reman esok bagi membantu siasatan di bawah Sksyen 420 Kanun Kesksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Selasa lalu, Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng dalam satu sidang media berkata JSJK Perak dengan JSJK Bukit Aman menumpaskan satu sindiket Macau Scam yang terbabit dalam 76 kes penipuan sejak dua tahun lalu membabitkan kerugian RM11 juta .
Sindiket berpangkalan di Malaysia dan menjadikan rakyat tempatan sebagai mangsa itu tumpas dalam serbuan ke atas sebuah kondominium di Sri Petaling, Kuala Lumpur yang dijadikan pusat panggilan.
Mark Adam antara yang dipanggil SPRM
Penyanyi dan pelakon popular, Mark Adam mengakui dihubungi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjuudiian dalam talian.
Mark ketika dihubungi berkata, keterangan diambil berkaitan pembabitannya dengan perniagaan minuman Bubblebee di cawangan Kompleks PKNS, Shah Alam.
“Saya dihubungi SPRM pada hari Selasa jam 11 pagi. Ketika itu saya dalam perjalanan ke lokasi penggambaran di Sungai Buloh. Pihak SPRM memberitahu mereka ingin berjumpa dengan saya untuk mengambil keterangan berkaitan pembabitan dengan Bubblebee di cawangan Kompleks PKNS Shah Alam,” katanya.
Mark berkata, dia tidak berjumpa SPRM di ibu pejabat mereka di Putrajaya, tetapi mereka yang datang berjumpanya di lokasi penggambaran itu pada jam 11.40 pagi dan dia memberi keterangan seperti yang diminta.
Ditanya mengenai pembabitannya dalam perniagaan minuman itu, Mark berkata, dia belum menandatangani sebarang perjanjian.
“Untuk cawangan Bubblebee di Kompleks PKNS itu, kami belum menandatangani sebarang dokumen, sebaliknya hanya sekadar mempromosikan premis di laman sosial. Kami juga belum terima sebarang bayaran daripada pihak Bubblebee,” katanya.
Terdahulu, pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad, 37, turut mengesahkan dia antara individu yang tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, kelmarin, bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjuudiian dalam talian.
Nabil berkata, tiada apa-apa yang berlaku kerana dia tidak terbabit dengan kes ini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan lima selebriti termasuk seorang wanita terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pengacara tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
Macau Scam: ‘Mereka tanya pasal kedai saja’- Nabil
Pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad, 37, mengesahkan dia antara individu yang tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjuudiian dalam talian.
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad ketika dihubungi berkata, tiada apa-apa yang berlaku kerana dia tidak terbabit dengan kes ini.
“Kes ini sudah selesai. Mereka tanya berkenaan pembukaan kedai minuman Bubble Bee di Seremban dan saya maklumkan ia belum beroperasi lagi.
“Selepas itu mereka terus tak tanya apa-apa lagi dan itu sahaja soalannya. Ini kerana kalau tiada kedai buat apa nak siasat,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu Harian Metro melaporkan lima selebriti termasuk seorang wanita terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pengacara tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya berkaitan aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjuudiian dalam talian.
Ditanya tarikh sebenar kedai minuman kendaliannya itu akan beroperasi, Nabil berkata, menyerahkan segala-galanya kepada Shuib Sepahtu.
“Tunggulah kes Shuib selesai baru akan diteruskan. Lagipun semua urusan termasuk sewa kedai dia yang uruskan.
“Saya memang nak sangat buka kedai itu tapi tetap kena tunggu kesnya selesai. Saya sangat simpati dengan Shuib.
“Saya lega apabila tidak dikaitkan tapi saya harap kita dapat doakan untuk Shuib. Allah uji dia dan nak naikkan darjatnya,” katanya.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera