Malaysia
Isu Macau Scam, Presiden pemerhati Rasuah Malaysia persoal mungkin Orang Dalam Terlîbat
MALAYSIA: Badan bukan kerajaan (NGO) menyarankan pihak berkuasa supaya mengadakan siasatan khas berhubung kehilangan suspek utama bergelar Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket pengubahan wang haram.
Malah NGO meminta siasatan itu dilakukan secara kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan ketelusan.
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, PDRM perlu bersama dalam siasatan khas itu dapat mengenal pasti punca dan bagaimana suspek boleh melarikan diri
“Jika ada (penguat kuasa yang bantu suspek) maka tindakan tegas mesti diambil dan suspek mesti dikesan semula dengan segera untuk tindakan selanjutnya.
“SPRM juga digesa untuk meningkatkan tahap keselamatan dan pengawasan bangunan mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jais mendakwa, suspek tidak mungkin dapat melarikan diri tanpa bantuan individu lain dan beliau percaya usaha melarikan diri itu sudah dirancang.
Isnin lalu, suspek utama berkenaan dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM di Putrajaya sebelum hilang dengan kenderaan yang menunggunya di luar pagar.
Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, kehilangan suspek menyebabkan kredibiliti kedua-dua badan penguatkuasaan itu dipertikai masyarakat.
“Apakah prosedur operasi standard (SOP) ketika penyerahan suspek dipatuhi sepenuhnya atau tidak? Sepatutnya pegawai yang berkuasa juga perlu melalui sistem pengesanan tipu bagi mengesahkan mereka juga tidak mempunyai sebarang kepentingan.
“Macam kes Macau Scam ini, PPIM sudah bawa bertahun-tahun. Apa jaminan kes ini diambil perhatian dan jaminan, tidak akan lagi berlaku pada masa akan datang.
“Kita letak kepercayaan kepada penguat kuasa, tapi jika berlaku yang tidak betul, susahlah, apatah lagi indvidu yang disyaki terbabit dengan kes berprofil tinggi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin supaya memberikan perhatian terhadap kes berkenaan dan menjamin siasatan yang telus supaya tidak lagi dipersoalkan rakyat.
Macam mana dia lompat pagar?
Hari ini presiden PPIM pula pertikaikan. Kehilangan suspek utama bergelar Datuk Seri yang disiasat berhubung kes pengubahan wang haram sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin lalu menimbulkan seribu tanda tanya.
Malah, timbul tanda tanya adakah suspek yang menjadi dalang dan dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dilarikan atau dibantu pihak tertentu.
Sehingga kini belum ada maklum balas berhubung kejadian berkenaan yang dikeluarkan PDRM dan SPRM walaupun ia hangat diperkatakan di media sosial.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kejadian aneh itu dibimbangi boleh menyebabkan kredibiliti PDRM dan SPRM dipertikai masyarakat.
“Apakah prosedur operasi standard (SOP) ketika penyerahan suspek dipatuhi sepenuhnya atau tidak?
“Seperti kes Macau Scam ini, PPIM sudah bawa bertahun-tahun. Apa jaminan kes ini diambil perhatian dan jaminan tidak lagi berlaku pada masa akan datang?
“Kita letak kepercayaan kepada penguat kuasa, tapi jika berlaku yang tidak betul, susahlah, apatah lagi individu disyaki terbabit dengan kes berprofil tinggi,” katanya.
Nadzim berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga perlu memberi perhatian kepada perkara itu ia boleh menjejaskan imej badan penguat kuasa yang diberi amanah besar.
“Bagaimana suspek boleh memanjat pagar dan mampu mengatur rancangan meloloskan diri selepas dibebaskan SPRM untuk proses reman PDRM?
“Ketika jangka masa penyerahan suspek kepada PDRM, kenapa tidak ada pengiring dan SOP yang dipatuhi? Ini mengundang keraguan.
“Kita berdepan kes peniipuuan ratusan juta ringgit duit rakyat Malaysia dengan pembabitan pegawai tinggi pihak berkuasa. Saya harap ada penjelasan berhubung isu ini,” katanya.
Isnin lalu, suspek utama itu dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM di Putrajaya sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.
Ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi suspek yang juga dalang utama kes peniipuan Macau Scam dan dua pegawai polis dalam proses diserah kepada PDRM untuk siasatan berhubung kegiatan jvdi dalam talian dan penipuan Macau Scam.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera