Connect with us

Malaysia

Prof Unku Aziz Sudah Tiada

Published

on

Prof Unku Aziz Sudah Tiada

MALAYSIA: Kuala Lumpur: Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia di Hospital Prince Court, di sini, hari ini.

Allahyarham Ungku Abdul Aziz, 98, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 petang.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini.

Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 adalah seorang tokoh negara paling disegani.

Sebagai tokoh pendidikan dan ekonomi, Ungku Aziz mencetuskan pelbagai idea praktikal demi memajukan ekonomi, khususnya pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan ekonomi umat Islam.

Antaranya ialah penubuhan koperasi kebangsaan, Tabung Haji, Akademi Islam dan Pusat Asasi Sains.

Beliau yang dianugerahkan gelaran “Profesor Diraja Ekonomi” (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978.Ungku Aziz juga merupakan pengasas ANGKASA dan Yang Dipertua ANGKASA sejak ditubuhkan pada 1971 .Pada 21 Julai 2002 beliau telah dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.

Beliau pernah memenangi Hadiah International Academic Prize of The 4th Fukuoka Asian Cultural Prizes 1993 by the City of Fukuoka.

Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama ‘Anugerah Melayu Terbilang’ sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 11 Mei 2005.

Anugerah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 25 Jun 2005, beliau telah dianugerahkan ‘Tokoh Ekonomi Melayu’ oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Pada 2006, beliau menerima ‘Anugerah Akademik Negara’ sempena Majlis Pengisytiharan Universiti Penyelidikan dan Anugerah Akademik Negara 2006 pada 2 Ogos 2007 oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu