Malaysia
WOW MISTERI Proton Perdana Ditemui Terbengkalai Di UK Rupanya Milik Tun Mahathir
MALAYSIA: Baru-baru keecooh seketika media sosial apabila sebuah video yang diterbitkan menerusi laman YouTube Lost Adventures memaparkan kelibat sebuah Proton Perdana bernombor pendaftaran VK 5231 yang tersadai di sebuah fasiliti bawah tanah di United Kingdom.
Sekumpulan pengembara dari UK baru-baru ini telah memuat naik salah satu pengembaraan mereka ke YouTube meneroka sebuah bangunan yang dah terbengkalai sejak beberapa tahun.
Melalu deskripsi YouTuber, Lost Adventures, satu-satunya cara untuk masuk ke bangunan itu adalah untuk gelongsor melalui tepi bangunan dan lompat pada satu ketinggian yang membawa dorang ke basement.
Bila dorang tiba di basement tersebut, dorang menemui prototaip kereta-kereta mewah, formula one dan beberapa teksi lama beserta beberapa replika kayu untuk tiru balik rekaan kereta-kereta klasik lama tersembunyi di sini.
Namun apa yang mengejutkan, di antara kereta-kereta mewah ini, terdapat kereta Proton Perdana generasi-kedua yang kelihatan masih baru sehingga plastik kerusi pun tak buka lagi!
Ramai netizen dari Malaysia yang menonton video ini turut kongsikan rasa terkejut mereka. Lebih-lebih lagi Proton Perdana bukan semewah kereta-kereta yang ada di sana dan ia pun tak dijual di luar pasaran Malaysia.
Di dalam video ini juga jelas kelihatan nombor plat kereta tersebut VK 5231 yang merupakan pendaftaran dari Kuala Lumpur, Malaysia dan didaftarkan sekitar tahun 2016-2017. Heran, kalau dah ada dekat UK kenapa pakai nombor plat Malaysia?
Berdasarkan komen-komen di video ini, ada yang spekulasi kereta ini dimiliki oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
SAH! PROTON PERDANA VK 5231 TERSADAI DI UK MILIK TUN DR. MAHATHIR
Menurut laporan daripada Free Malaysia Today, pembantu kepada Tun Dr. Mahathir mengesahkan bahawa Proton Perdana tersebut sebenarnya adalah milik bekas Perdana Menteri Malaysia itu.
Dalam satu hantaran di Facebook, beliau menjelaskan bahawa Tun Dr. Mahathir telah menghantar sendiri kereta tersebut untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah Frazer-Nash Research Ltd, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan komponen untuk kereta elektrik.
Beliau berkata, Mahathir sebenarnya sedang melihat kemungkinan untuk membangunkan sebuah kereta nasional dengan trenkuasa hibrid.
Bangunan atau fasiliti yang ditinggalkan itu sebenarnya merupakan bangunan Bristol Cars yang dimiliki oleh Kamal Siddiqi, seorang ahli perniagaan British dari Pakistan.
“Ia bermula pada akhir tahun 2016, di mana Mahathir terbang ke UK dan berbincang untuk menukarkan sebuah kereta normal kepada sebuah kereta hibrid menerusi syarikat R&D milik Kamal yang berpengkalan di UK.
“Jika program R&D ini berjaya, Proton sudah pun mempunyai model hibrid yang tersendiri pada waktu itu, dan mampu bersaing dengan jenama-jenama automotif dunia yang sudah pun mempunyai model hibrid.
Menurut salah seorang netizen lagi, bangunan terbengkalai ini dimiliki oleh Syarikat Bristol Car, ia merupakan syarikat pengeluar kereta buatan tangan. Jadi, kemungkinan kereta-kereta ini mungkin berada di situ kerana pemilik-pemilik kereta nak upgrade kereta dorang memandangkan syarikat ni memang terkenal dengan kereta buatan tangan.
Pada Mei lalu, syarikat ini telah pun dibekukan dan dikatakan juga kereta-kereta yang terbengkalai ini akan dilelong tak lama lagi.
Antara kereta yang ada di basement ini termasuklah prototaip Bristol Bullet, Bentley Continental Flying Spur dan Bristol Fighter.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera