Connect with us

Malaysia

PRU patut diadakan segera, Kembalikan kuasa kerajaan

Published

on

PRU patut diadakan segera, Kembalikan kuasa kerajaan

MALAYSIA: Hari ini sedang berlangsung PRK Slim. Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, di Dewan di Sekolah Kebangsaan (SK) Slim River, hari ini berjalan lancar dengan suasana norma baharu ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih dikuatkuasa di seluruh negara.

Walaupun dalam perjalanan ke tempat pengundian agak k3ecoh sedikit kerana masing-masing penyokong cuba meraih undi di sepanjang dengan pengundi, namun masih suasana masih terkaawaal.

Turut kelihatan, Presiden Parti Makkal Sakti, Datuk Seri RS Thanenthiran bersama penyokong Barisan Nasional (BN) hadir memberi sokongan kepada pengundi yang hadir di pusat mengundi terbabit.

Thanenthiran berkata, suasana pengundian dalam norma baharu dan kelihatan berjalan dengan lancar kerana mendapati pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka dan mematuhi masa dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, walaupun terdapat dua kumpulan penyokong yang bertanding cuba meraih undi pada saat akhir ketika pengundi menuju ke pusat mengundi tetapi suasana masih harmoni.

“Saya bersemangat pagi ini apabila melihat jentera BN begitu berusaha dalam usaha untuk memastikan calon BN menang dalam PRK ini.

“Kemenangan calon BN dalam PRK ini sudah tentu dapat memberi suunt1ikan semangat kepada parti BN dan parti komponen BN serta rakan BN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU Ke-14) yang dijangka tidak lama lagi,” katanya ditemui ketika bersama kumpulan penyokong BN dekat Kampung Kurnia, Slim River, di sini hari ini.

PRU patut diadakan segera, Kembalikan kuasa kerajaan

Pilihan Raya Umum (PRU) perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi mendapatkan legitimasi terhadap kerajaan berikutan sokongan yang tidak begitu kukuh dalam kalangan ahli Parlimen terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kritikan tanpa henti daripada UMNO.

Penganalisis politik dari Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, PN juga masih di peringkat awal penubuhan dan tidak begitu kukuh apabila UMNO serta Barisan Nasional (BN) enggan menyertai PN secara rasmi.

Menurutnya, perbincangan berkaitan peletakan calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) turut menampakkan konflik dalam kalangan UMNO, Pas dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Justeru jalan terbaik ialah mengadakan PRU dengan segera. Bagaimanapun tarikh PRU pastinya akan bergaantuung kepada prestasi PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah yang dijadualkan berlangsung 26 September depan.

“Jika PN menang maka PRU dijangka diadakan seawal Januari namun jika sebaliknya berlaku berkemungkinan akan diadakan pertengahan atau akhir tahun depan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Sementara itu pendapat berbeza disuarakan Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis yang melihat secara umumnya tiada keperluan PRU kerana hanya bergaantvung kepada mereka yang akan mendapat manfaatnya.

Menurutnya, PRU mengejut tidak perlu kerana beberapa perkara terutama ketika negara sedang berusaha memutuskan rantaian pandemik koronavirus (CoV-19).

“Kerajaan yang memerintah perlu diberikan fokus kepada usaha memulihkan ekonomi yang terjejas teruk CoV-19 dan mengembalikan semula kestabilan politik serta keyakinan pelabur.

“Bagaimanapun dari aspek politik jelas ada parti yang mahu PRU diadakan segera disebabkan keyakinan bahawa sentimen rakyat akan memihak kepada mereka terutama dalam keadaan semasa parti memerintah yang terlalu rapuh,” katanya.

Dalam pada itu, Mujibu berkata, UMNO bagaimanapun terus memberikan tekaanaan kepada Bersatu terutamanya selepas tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mahu semua ahli UMNO dalam kerajaan keluar disebabkan Bersatu tidak lagi berada di jalur politik Melayu-lslam selepas mereka membuka keahlian kepada bukan Melayu.

Katanya, UMNO berterusan menganggap Bersatu bukan sahabat mereka tetapi hanya menyokong bagi membolehkan kerajaan dibentuk dalam konteks PN berbanding Muafakat Nasional (MN) sebagai prioriti yang boleh disifatkan sebagai tekaanaan berterusan kepada PN supaya PRU dilaksanakan segera.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu