Malaysia
Ramai ambit berat, Pelajar Sebatang Kara Terharu dengan Rakyat Malaysia
MALAYSIA: Bahau: Pelajar tingkatan enam yang hidup sendiri terharu apabila menerima sumbangan tablet di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mansor, di sini, hari ini.
Muhammad Zuhairi Apyanto, 19, berkata, dia terkejut menerima panggilan telefon daripada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) yang mahu memberikan sumbangan kepadanya.
“Ketika itu saya berada di sekolah dan saya berjumpa dengan mereka di luar pagar. Saya merasa terharu apabila menerima sebuah tablet untuk kegunaan pembelajaran serta wang tunai.
“Paling saya terharu mereka mengambil saya sebagai ‘anak angkat’ PERKASIH N9 yang pastinya amat saya hargai kerana hidup sekarang sebatang kara, dapatlah saya menumpang kasih,” katanya.
Katanya, dia hidup sebatang kara kerana bapanya membawa haluan sejak lima tahun lalu manakala ibunya pula menghilangkan diri dua bulan lalu.
“Bagi saya mereka mungkin ada masalah dan saya perlu meneruskan persekolahan hingga ke peringkat tertinggi walaupun terpaksa hidup sendirian, saya yakin mampu melakukannya.
“Nasib saya baik apabila diterima bekerja di sebuah restoran, siap dengan tempat tinggal disediakan untuk pekerja,” katanya.
Muhammad Zuhairi berkata, dia perlu cekalkan diri dan tidak mahu memandang ke belakang.
“Terima kasih kepada majikan kerana sangat memahami, membantu dan sering memberi kata-kata perangsang untuk saya meneruskan pelajaran,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi PERKASIH N9, Norfadilah Mansor berkata, sebaik mengetahui seorang pelajar terpaksa bekerja sambil belajar, pihaknya terus memberi bantuan dan bersetuju mengambil dia sebagai ‘anak angkat’.
“Bukan semua pelajar dapat bertindak matang apabila ditimpa masalah tetapi Muhammad Zuhairi dapat terus belajar cuma dalam keadaan serba kekurangan.
“Kami menyumbang sebuah tablet dan wang tunai kerana dapat tahu dia memerlukan pakaian baru untuk kegunaan ke sekolah agar dia boleh membeli keperluan itu,” katanya.
‘Terima kasih ambil berat terhadap saya’
Bahau: “Saya tidak sangka, sebaik kisah saya dalam keluar dalam portal MyMetro semalam, ramai yang menghubungi dan ingin membantu,” kata Muhammad Zuhairi Apyanto, 19, pelajar yang hidup sebatang kara selepas ditinggalkan ibu bapa.
Menurutnya, dia turut menerima sumbangan daripada pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam bentuk kewangan.
“Sejak berita itu tersiar, ramai pihak menghubungi saya termasuk beberapa individu yang bersimpati kerana saya terpaksa bekerja sambil belajar.
“Sebenarnya saya bernasib baik dapat kerja dan disediakan sebuah bilik oleh majikan yang sentiasa mengambil berat. Majikan saya adalah suami kepada guru yang memahami kesulitan hidup saya.
“Mereka sangat baik dan saya juga tidak menghadapi masalah pembelajaran kerana mereka (majikan) sangat memahami,” katanya ketika dihubungi tadi.
Katanya, dia sudah berjumpa dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mansor, Hamdan Aziz dan Yang Dipertua PIBG, Azahree Kamarudin pagi tadi.
“Alhamdulillah, semua pihak mahu tolong dan mereka semua ambil berat mengenai saya membuatkan saya amat terharu.
“Tidak lupa kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyumbang serta Harian Metro kerana secara tidak langsung banyak membantu sehingga saya rasa benar-benar dihargai,” katanya.
Semalam kisah Muhammad Zuhairi yang hidup sebatang kara dan tinggal di sebuah bilik di restoran tempat dia bekerja mendapat perhatian sebuah NGO, PERKASIH N9 yang menyumbang tablet untuk kegunaan pembelajaran.
Sementara itu, Azahree berkata, dia dihubungi Pengetua SMK Datuk Mansor malam tadi memberitahu kisah pelajar yang tular.
“Memang saya ada terlihat di Facebook tetapi tak sangka pula pelajar itu dari sekolah ini dan hari ini kami terus bertindak mengutip dana melalui guru sekolah bagi membantunya.
“Daripada maklumat guru, pelajar ini tidak pernah mendatangkan masalah dan dia memang pelajar yang baik.
“Pihak sekolah juga akan memastikan Muhammad Zuhairi mengambil lesen motosikal bagi kemudahannya ke sekolah,” katanya.
Katanya, dia juga menghargai usaha PERKASIH N9 yang cuba membantu pelajar itu.
“Kita amat alu-alukan bantuan mungkin di lain masa pihak sekolah melalui PIBG dapat bekerjasama bersama NGO ini bagi membantu pelajar yang tercicir.
“Terima kasih juga kepada pengusaha kantin yang sanggup menaja makanan kepada pelajar ini sepanjang dia belajar,” katanya.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera