Connect with us

Malaysia

BERSEDIA Untuk PKP Semula, Kes Cov-19 Terus Meningkat – Dr Noor Hisham

Published

on

BERSEDIA Untuk PKP Semula, Kes Cov-19 Terus Meningkat - Dr Noor Hisham

MALAYSIA: Menurut sumber BERNAMA TV, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah memberi bayangan untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan semual.

Ia adalah menerusi ciapan Twitter beliau pada awal pagi semalam, Dr Noor Hisham mencadangkan agar semua untuk kekal berada di rumah seketika waktu.

Ini disebabkan oleh sejak kebelakangan ini, kes Cov-19 di Malaysia naik sehingga 3 angka kembali. Sehingga semalam, jumlah kes positif cov-19 adalah sebanyak 11224 kes direkodkan.

iapan balas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada seorang pengguna Twitter menimbulkan persoalan kerana seakan-akan memberi bayangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula.

Dr Noor Hisham membalas ciapan pemilik akaun @zalifahms yang mencadangkan agar kerajaan menyekat perjalanan antara negeri buat sementara waktu dan tidak memberi kepercayaan dengan arahan kuarantin sendiri.

“Bagaimana jika semua kembali kekal berada di rumah seketika waktu?” tulis beliau.

Ciapan tersebut mengundang reaksi balas beberapa pengguna Twitter lain yang merasakan ia seperti memberi petunjuk PKP akan dilaksanakan semula.

Terdapat juga reaksi yang menyokong saranan tersebut antaranya pemilik akauan @Yus_putra360.

“Perlu di laksanakan… jika itu je cara nak berhentikan penularan wabak daripada merebak… rakyat Malaysia ni susah nak faham dan dengar cakap… banyak yang ambil sikap tidak ambil peduli… jadi kerajaan perlu mengambil langkah walau kena PKP hanya sebulan… untuk hentikan seketika,” katanya dalam ciapan balas pada Twitter tersebut hari ini.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pemilik Twitter memberi maklum balas agak keberatan sekiranya PKP dilaksanakan semula mengambil kira faktor ekonomi.

Tidak terkecuali reaksi sinis pengguna Twitter yang membangkitkan isu ahli politik yang gagal kuarantin diri sendiri.

Kes baharu positif CoV-19 di negara ini kembali kepada tiga angka sejak beberapa minggu ini susulan peningkatan kes di Sabah dan ia menimbulkan kebimbangan masyarakat.

Hampir kesemua negeri di Semenanjung Malaysia mencatatkan kes baharu setiap hari sekali gus menambah keyakinan berkemungkinan PKP dilaksanakan semula.

Sabah Mula PKPD

Kawalan rentas daerah di seluruh Sabah akan dilaksanakan berkuat kuasa bermula 3 sehingga 16 Oktober depan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini.

Namun, katanya, perkhidmatan perlu (essential services) seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.

“Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang dikuarantin dan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

“Bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuat kuasa seperti biasa.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan oleh kerajaan negeri Sabah melalui Jawatankuasa Bencana Alam CoV Sabah yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-198 dan hari ke-114 PKP Pemulihan (PKPP), hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 54,764 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

Menurutnya, sebanyak 3,048 pasukan pematuhan membabitkan 13,132 anggota membuat pemantauan di 3,521 pasar raya; 4,401 (restoran) serta 1,466 (penjaja); 1,136 (kilang); 3,511 (bank) dan 744 pejabat kerajaan.

Katanya, turut dipantau, sebanyak 1,047 terminal pengangkutan darat, 207 terminal pengangkutan air serta 155 terminal pengangkutan udara.

Semalam, PDRM turut menahan 98 individu atas kesaalahan ingkar arahan PKP.

“Daripada jumlah itu, seramai 95 individu dikompaun manakala tiga direman.

“Antara kesaalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub/kelab malam (34), penjarakan fizikal (24), tidak memakai pelitup muka (22), gagal lunas caj kuarantin (10) dan gagal menyediakan peralatan/rekod butiran diri (8),” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu