Connect with us

Malaysia

Safawi bakal terima gaji Paling Masyuk di Asia, Tanda Harga Safawi kini 7 Angka

Published

on

Safawi bakal terima gaji Paling Masyuk di Asia, Tanda Harga Safawi kini 7 Angka

MALAYSIA: Pemain bintang bolasepak tanah air, Safawi Rashid telah mendapat kebenaran daripada majikannya untuk berkelana ke luar negara. Pemain muda yang mempunyai bakat besar ini dikaitkan dengan sebuah kelab liga utama Portugal Portimonense SC.

Tahukah anda Safawi Rashid bakal menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara sekiranya dia mampu membuktikan keupayaan bersama kelab liga utama Portugal tersebut.

Bahkan, nilai pemain hadapan skuad kebangsaan yang berasal dari Dungun, Terengganu itu boleh meningkat sekali ganda selepas menempatkan diri dalam pasukan di Eropah, sekali gus menjadi perhatian kelab ternama lain pada masa akan datang.

Ketika ini, mengikut www.transfermarkt.com, tanda harga Safawi mencecah 300,000 pound (RM1.6 juta) dan nilai terbabit akan meningkat hingga RM3 juta jika dia terus kekal beraksi bersama kelab terbabit atau dilamar kelab gergasi Eropah.

Perkara terbabit diakui Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah apabila melihat ketika ini hanya Safawi saja pemain Asia Tenggara bermain di liga utama Portugal itu.

Beliau berkata, menerusi kemampuan yang dimiliki Safawi, tidak mustahil dia boleh bersaing dengan pemain lain selain yakin tidak berdepan sebarang maasaalah untuk kekal beraksi di Eropah.

“Saya tidak menolak kemungkinan Safawi boleh menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara lebih-lebih lagi jika dia beraksi cemerlang bersama kelab terbabit. Jika mengikut anggaran, gaji seorang pemain Asia di Liga Portugal adalah dalam lingkungan AS$7,000 hingga AS$15,000 sebulan iaitu bersamaan RM30,000 hingga RM70,000.

“Gaji Safawi mungkin boleh mencecah RM70,000 berdasarkan prestasi semasa, namun perkara terbabit adalah subjektif dan itu adalah jumlah yang kemungkinan Safawi peroleh nanti.

“Perkara utama adalah Safawi berpeluang bersaing dengan pemain daripada kelab terkenal seperti Benfica dan Porto yang sememangnya diketahui mempunyai ramai pemain ternama,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Selasa lalu, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest di laman sosial Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

Safawi juga mendapat ‘lampu hijau’ daripada majikannya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk melebarkan sayap beraksi bersama kelab itu.

Sementara itu, Effendi yang turut mengenali beberapa individu di Liga Portugal memaklumkan Portimonense SC adalah pasukan berpengaruh dan penghijrahan Safawi ke kelab terbabit adalah perkara yang membanggakan negara.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu