Malaysia
Saspek Dkwa Diejek Miskin dan Buruk oleh Surya

MALAYSIA: Kuala Berang: Polis tidak menolak kemungkinan rasa tidak puas hati akibat sering disindir dipercayai menjadi punca pembuunvhan Siti Nur Surya Ismail, 19, di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, suspek ada membuat pendedahan mengenai motif kejadian itu ketika tampil ke Balai Polis Telemong dengan ditemani ibunya kira-kira jam 7.30 pagi semalam bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, suspek berusia 19 tahun memaklumkan mngsa sering mengejek tentang kehidupan keluarganya yang miskin kerana ibunya hanya bekerja sebagai tukang cuci manakala bapanya hanya bekerja kampung berbanding kehidupan keluarga mngsa yang agak senang.
“Suspek turut mendakwa kononnya mngsa suka mengejek dengan mengatakan yang dia tidak cantik berbanding dirinya dan kekurangan itu menjadi punca dia masih tidak mempunyai teman lelaki sehingga suspek sering memendam rasa.
“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu.
Mohd Adli berkata, selain pergeelngan tangan mngsa dipootong, pemeriksaan juga mendapati terdapat kesan tuussukan pada leeher mngsa dan beberapa keceedeeraan lain.
“Kita juga percaya berlaku pergelutan antara mngsa dan suspek sebelum itu kerana kita ada menjumpai beberapa helaian rambut dalam genggaman mngsa,” katanya.
Siti Nur Surya dibuunvh keejaam dengan beberapa kesan tikman dipercayai snjata taajam di beberapa bahagian badan termasuk puutuus pergelangan tangan kiri.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan kerana membuunvh.
Terdahulu, suspek berusia 19 tahun tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Marang kira-kira 10.10 pagi.
Suspek yang juga kenalan mngsa sebelum ini ditahan selepas diserahkan ibunya pada 8.15 pagi semalam ketika datang ke Balai Polis Telemong.
Tangkapan terhadap suspek dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mngsa.
Portal NSTP sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dipercayai dibuunvh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang kelmarin.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, mngsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.
Polis siasat suspek lakukan sendiri atau ada rakan
KUALA BERANG: Polis masih menyiasat sama ada pelajar perempuan Tingkatan Enam yang dipercayai terbabit dalam pembuunvhan Siti Nur Surya Ismail, 19, melakukan jenayah itu bersama individu lain atau berseorangan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 19 tahun dipercayai melakukan jenayah itu bersendirian hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian.
“Setakat ini , kita tidak boleh sahkan sama ada suspek ada rakan jenayah yang lain atau sebaliknya kerana siasatan masih di peringkat awal.
“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pihak polis untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu di sini hari ini.
Mengenai motif kejadian pula, Mohd Adli berkata, hasil siasatan awal masih menjurus kepada perselisihan faham namun siasatan lanjut masih dijalankan.
“Kita akan memanggil beberapa saksi yang boleh membantu melengkapkan siasatan termasuk ahli keluarga suspek dalam masa terdekat.
“Pemeriksaan juga mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dan ujian air kencingnya juga negatif, ” katanya.
Mohd Adli turut meminta netizen tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan perkara yang boleh menimbulkan kerisauan serta salah faham dalam kalangan masyarakat.
Katanya, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita tidak benar.
Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Marang bagi mendapatkan perintah reman.
Perintah tahanan reman selama tujuh hari sehingga Isnin dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan kerana membuunvh.
-
Malaysia3 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia3 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia3 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia3 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia3 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia3 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan3 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia3 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera