Connect with us

Malaysia

SASPEK L0L0S PEM3RIKS4AN P0LIS DIBRK4S

Published

on

SASPEK L0L0S PEM3RIKS4AN P0LIS DIBRK4S

Petaling Jaya: Lelaki yang melarikan diri daripada dit4h4n polis di Bulatan Sierramas, berjaya dib3rk4s petang tadi.

Saspek dit4h4n hanya beberapa jam selepas dia bersama seorang lagi rakan yang masih bebas dirakam melanggar beberapa kereta sehingga memaksa polis melepaskan t3mb4k4n.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Desa Aman yang terletak satu kilometer dari lokasi saspek meninggalkan kereta ketika dikejar polis.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati saspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Pemeriksaan lanjut menemui heroin ditinggalkan saspek di dalam kenderaan itu.

“Seorang lagi saspek yang dikenali sebagai Bob Mahsing berusia 40-an kini sedang diburu polis,” katanya dalam kenyataan media malam ini.

Beliau berkata, polis akan memohon perintah reman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427, 188 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) Akta B4h4n Kakisan dan Letupan, Senjata Berbahaya 1958.

Petang tadi, tular di laman sosial rakaman dua anggota polis cuba men4h4n saspek di persimpangan lampu isyarat.

Walaupun diarahkan menyerah, saspek tetap cuba meloloskan diri dengan melanggar kereta dan lori.

Polis kemudian terpaksa melepaskan t3mb4k4n dalam usaha memb3rk4s saspek.

Kereta saspek kemudiannya ditemui ditinggalkan di tepi jalan di Sungai Buloh.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu