Malaysia
Cuba “Sogok” Ketua Polis untuk lepaskan 9 “Pndatang Asing”, 2 Lelaki Bangladesh ditahan
MALAYSIA: Semalam pihak Polis Johor menahan 2 orang lelaki warga Bangladesh selepas mereka cuba merasuah Ketua Polis Danga Bay dengan wang tunai berjumlah RM10,000 suapaya melepaskan 9 pndatang tanpa izin.
Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padli Mohd Zain selepas kedua-dua lelaki tersebut ditahan pada jam 11 malam di Balai Polis Danga Bay.
Menurutnya, sepasukan polis dari Balai Polis Sentral menahan 8 lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Myanmar yang didapati memiliki dokumen perjalanan tamat tempoh dan tidak mempunyai dokumen perjalanan menerusi serbuan OP Benteng, pada jam 6.30 petang di kondominium di pusat bandar.
Ketika proses dokumentasi dibuat terhadap 9 pndatang asing itu, di Balai Polis Danga Bay, kedua-dua lelaki Bangladesh itu datang ke balai tersebut dan memberikan RM10000.00 sebagai imbuhan bagi melepaskan kesemua 9 lelaki tersebut.
Menurut ACP Mohd Padzli, kedua-dua lelaki itu ditahan serta merta kerana cuba memberi sogokan dan wang RM10,000 tersebut dirampas bagi membantu siasatan. Kedua-dua mereka kini ditahan reman selama 14 hari bersama dengan 9 pndatang asing.
Kedua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahn Rasuah Malaysia 2009 dan seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63.
Ikuti kami di Channel Telegram Malaysia Terkini klik: https://t.me/malaysiaupdate24
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera