Connect with us

Malaysia

Suami bawa Mira Filzah pulang ke Kuale, Air Mate Iringi Kehadiran Ke Puusara Bapa

Published

on

MALAYSIA: Hampir sebulan mendirikan rumah tangga, baru-baru Mira Filzah berkongsikan momen menar1ik apabila dia bersama suaminya, Wan Emir Astar pulang ke kampung bagi menyambut ulang tahung kelahiran datuk serta opahnya.

Menerusi perkongsian itu juga, Mira kemudian di bawa oleh Wan Emir pulang ke kampung halamannya pula untuk menziarahi pusara arwah bapa mentuanya serta bertemu dengan datuk dan neneknya.

Apa yang menjadi perhaat1ian adalah perkongsian Wan Emir yang cukup menyntuh hati netizen apabila pasangan itu ke ke pusara Allahyrham bapa Emir sebelum bergegas ke Masjid Ubudiah, Bandar Diraja Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis tahl1il.

Lebih sebak Wan Emir bermonolog memperkenalkan Mira sebagai isterinya dan mengatakan bahawa dia akan menyayangi isterinya sebagaimana bapanya mencvr4hkan rasa cinta pada ibunya.

“Salam Papa yang tersayang, Emir kenalkan, Nur Amirah, anak perempuan Papa. Yang telah Dia pilih untuk saya dan saya untuknya. Emir akan menyayanginya seperti mana Papa mengasihi Ibu, dengan tanggungjawab,” tulisnya.

Diruangan komen rata-rata tumpang gembira melihat pasangan tersebut pulang ke kampung bertemu insan tersayang dan mendoakan semoga mahligai perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga.

Terdahulu Emir dan Mira Filzah disatukan lebih awal

Teka-teki mengenai pernikahan Mira Filzah dengan Wan Emir Astar, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid terjawab apabila pelakon itu mengesahkan mereka bakal diijabkabul di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, malam ini.

Mira berkata, pertemuan pertamanya dengan jejaka berkelulusan dari United Kingdom dan bergelar arkitek itu pada Oktober tahun lalu.

Ia sekali gus menyaangkal dkwaan sebelum ini yang mengatakan Emir adalah teman sekolahnya.

“Sebelum itu pada Ramadan tahun lalu, Emir ada menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram dengan berkongsi mesej kerohanian tetapi saya tak layan.

“Percubaannya tidak terhenti di situ apabila menghantar pula DM kepada emak. Kebetulan emak memang mengenali arwah bapa Emir, jadi mereka saling berkomunikasi.

Sehinggalah emak minta saya supaya mengenali Emir dan minta saya berjumpa dengannya.

Punca saya terbuka hati semuanya disebabkan ibu dan bapa. Jadi saya pun membalas DM daripada Emir dan hubungan itu kemudiannya berlanjutan ke aplikasi WhatsApp,” katanya

Mira berkata, pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada Oktober depan itu dipercepatkan berikutan kakak sulungnya yang menetap di New York, Amerika Syarikat tidak dapat berada di sini untuk tempoh yang panjang.

“Sebenarnya pemilihan tarikh perkahwinan yang dilaporkan media sebelum ini adalah betul. Saya dan Emir memang merancang untuk bernikah Oktober depan.

“Namun, disebabkan kakak tidak boleh berulang-alik dengan kerap kerana terpksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya ambil keputusan mempercepatkan tarikh pernikahan, manakala adik bongsu pula terpksa menunda sedikit pernikahannya supaya kakak boleh menyaksikan hari bahagia kami berdua,” katanya.

Majlis pernikahan pasangan itu boleh disaksikan selama 10 minit menerusi program M Buzz di TV3 jam 9 malam ini, manakala siaran langsung pernikahan pada jam 8.30 malam pula boleh disaksikan di saluran YouTube TV3.

Mira berkata, selain majlis pernikahan hari ini, dia bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, esok dan A-Park, Puchong, Ahad ini.

“Ketiga-tiga majlis ini saya keluarkan bajet sendiri kerana tidak mahu bergntvng dengan tajaan selain memberi kepuasan berbeza. Jujur saya rasa lebih berbaloi keluarkan wang sendiri kerana saya boleh berkongsi idea dan tema yang diimpikan untuk majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup ini,” katanya.

Mira berkata, majlis resepsi esok juga akan disiarkan secara langsung menerusi TV3, manakala majlis resepsi pada Ahad akan disiarkan melalui program Melodi.

Julai lalu, Harian Metro melaporkan Mira sudah bertunang dengan Emir, namun dia enggan mendeedahkan secara terperinci mengenai pertunangannya itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu