Connect with us

Malaysia

Suami m a ut Dilngar pmndu M a b u k. Baru Kahwin Sebulan Isteri angota Polis ini luah buat ramai sebak

Published

on

MALAYSIA: Kota Kinabalu: Baru sebulan mereka melayari bahtera perkahwinan, kini Tracyla Josephine Thimothy Dapil hanya mampu mengenang semua memori indah bersama mendiang suaminya yang juga anggota polis.

Wanita berusia 25 tahun itu kehilangan suami, Lans Koperal Bradford Bernard, 28, selepas mendiang terbabit dilnggr pemandu kenderaan m a b uk di Jalan Kluang-Teck Wah Heng, Kluang, Johor pada Jumaat lalu.

Mayat mendiang tiba di pekarangan MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, hari ini disambut Tracyla Josephine dan keluarga.

Menurut Tracyla Josephine, mereka sempat menghabiskan masa bersama ketika mendiang pulang bercuti di Penampang dekat sini, baru-baru ini, malah dia mengesan kelainan ditunjukkan Bradford.

“Suami kerap memeluk serta mengucap dahi saya, seolah-olah tahu dia akan pergi.

“Mulanya saya hairan namun, saya anggap mungkin disebabkan kami akan berpisah lama kerana suami perlu pulang ke Johor untuk bertugas, manakala saya masih di Sabah.

“Saya tidak sangka ia adalah pelukan terakhir suami dan kali terakhir kami bertemu 2 Februari lalu,” katanya ketika ditemui, hari ini

Tracyla berkata, pada hari kejadian, Bradford ada menghantar mesej WhatsApp kepadanya memaklumkan baru selesai bertugas dan mahu pulang ke rumah.

“Saya membalas pesanan itu dengan meminta suami berhati-hati menunggang motosikal.

“Kemudiannya, sebelum tidur saya ada mesej sekali lagi kepadanya sekitar jam 10.29 malam dan meminta dia beritahu sekiranya sudah sampai di rumah.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada mendiang sempat membaca mesej itu atau tidak,” katanya yang mendirikan rumah tangga bersama mendiang pada 20 Januari lalu.

Wanita itu juga berkongsi perancangan mereka yang mana mendiang mahukan dia tinggal di Johor selepas meletak jawatan dengan sebuah syarikat di sini.

Malah, katanya, Bradford juga berhasrat untuk bertukar ke Sabah selepas genap lima tahun berkhidmat di Johor, nanti.

Turut hadir menyambut ketibaan mayat Bradford adalah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan dan Pengerusi Perkep Kontinjen Sabah, Datin Fadziah Abdul Hamid.

Mayat kemudian dibawa ke rumah keluarga di Kampung Inobong, Penampang.

Mendiang Lans Koperal Bradford baru sebulan kahwin

Kluang: “Abang saya baru melangsungkan perkahwinannya pada awal Januari lalu dan semalam kami dikejutkan dengan kehilangannya,” kata Bradson Bernard, 25, adik kepada anggota polis yang m a ut dirempuh pemandu m a b uk di Jalan Kluang-Teck Wah Heng di sini, kelmarin.

Menurut Bradson, abangnya Lans Koperal Bradford Bernard, 28, pulang ke kampung untuk berjumpa isteri dan keluarga di Penampang, Sabah serta menghabiskan cutinya di sana hampir dua minggu.

“Kemudian pada 3 Februari lalu abang kembali bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan dia ada memaklumkan pada saya dia bertugas mengawal keselamatan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Simpang Renggam.

“Dua hari sebelum kejadian saya ada berhubung dengan abang dan kami hanya bertanyakan khabar dan berbual perkara biasa saja.

“Itu adalah kali terakhir saya berhubung dengan abang sebelum mendapat berita dia m a ut dalam kemalangan jalan raya,” katanya ketika ditemui dalam majlis penghormatan terakhir mendiang abangnya di Dewan Terbuka Cawangan Pengangkutan IPD Kluang di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Menurut Bradson, dia bekerja sebagai pegawai kastam di Johor Bahru manakala mendiang bertugas sebagai anggota polis di Kluang.

“Kami sering berhubung dan sebelum ini jika ada masa terluang memang kami akan bertemu tetapi sejak beberapa bulan kebelakangan tidak dapat berjumpa kerana kekangan tugas dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Menurut Bradson, pada malam kejadian dia dihubungi kakaknya di kampung memaklumkan mendiang terbabit dalam kemlngn m a ut.

Dalam kejadian jam 10.25 malam kelmarin lalu, Lans Koperal Bradford dalam perjalanan pulang ke IPD Kluang selepas selesai tugas kawalan keselamatan di kawasan PKPD di Penjara Simpang Renggam.

Bagaimanapun motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 58 tahun yang disahkan berada bawah pengaruh alkohol dan m a ut di tempat kejadian.

Pemandu yang turut mempunyai satu rekod lampau mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan ditahan reman selama empat hari sehingga Selasa.

Jenazah akan diterbangkan ke Sabah menggunakan pesawat awam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi esok.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu