Malaysia
Subhanallah, Ajaib Setandan Pisang ada 4000 biji
ASIA: SEMUANYA serba unik. Setandan pisang ada kira-kita 4,000 biji dengan tandannya panjang mencecah tanah manakala buah di hujung tandan semakin mengecil umpama jari kelingking.
Sekali pandang pokok pisang ini sama seperti spesies yang lain. Namun apabila melihat keunikan tandan pisang mencecah sehingga dua meter.
Pasti tertanya apakah jenis pokok pisang ini? Ia dipercayai berasal dari Indonesia dikenali sebagai pokok pisang seribu atau seribu jari.
Malah isi juga dikenali dengan nama pisang belalai gajah atau pisang batu.
Buahnya boleh dimakan.
Pemilik pokok pisang ini yang juga penternak arnab dari Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor, Abdul Halim Hasan, 44, berkata beliau menanam pisang ini secara suka-suka sebagai pokok hiasan.
Katanya, namun selepas sembilan bulan ditanam, akhirnya satu daripada tiga pokok pisang yang ditanam berbuah.
“Saya dapat benih dari saudara di Ulu Belitong. Ada tiga pokok pisang belalai gajah ini saya tanam berasingan. Dua lagi pokok belum berbuah mungkin tanahnya kurang subur.
“Memang saja tanam, selalu tengok pisang ini di dalam telefon saja. Bila dapat tahu saudara ada benih, minta dan tanam. Saya ingatkan pisang hiasan, rupa-rupanya buah pisang ini boleh dimakan.
“Rasa buahnya hampir sama seperti pisang emas tetapi rasa agak kenyal dan sedikit berlendir,” katanya kali pertama menanam pisang jenis itu.
Penjagaan pisang ini sama seperti pisang lain, tetapi sedikit berbeza selepas pisang ini mengeluarkan jantung.
“Biasanya pisang lain, bila buah sudah besar, jantung pisang akan dipotong. Tetapi pisang ini jantungnya akan dibiar bagi menghasilkan lebih banyak buah.
“Semasa mula mengeluarkan jantung, jantung pisang ini lima kali ganda dari jantung pisang biasa. Mungkin mempunyai kelopak yang tebal dan banyak bagi penghasilan pisang.
“Dari pemerhatian saya, buah pisang belalai gajah ini masak secara beransur-ansur.
“Bahagian atas yang lebih besar akan masak terlebih dahulu dengan warna kuning keemasan,” katanya.
Halim berkata, tidak semua buahnya berada di tandan dan boleh dimakan.
Katanya, bahagian bawah tandan pisang mempunyai buah seperti sekecil jari kelingking dan tidak mempunyai isi.
“Bahagian pisang yang besar hanya kira-kira separuh saja daripada tandan. Yang selebihnya terlalu kecil dan tidak mempunyai isi.
“Bagi mengelakkan pokok pisang patah saya ikat pada dahan pokok durian bagi memberi sokongan.
“Ada saya lihat, pekebun lain yang menanam pokok ini menongkat pisang bagi memastikan tidak patah untuk menampung buah yang panjang dan banyak,” katanya.
Disebabkan keunikan pisang yang jarang ditemui itu, ia menjadi perhatian ramai.
Halim berkata, pengunjung datang untuk bergambar dan ada yang mahukan benih untuk ditanam.
“Pokok ini saya tanam berdekatan dengan ternakan arnab. Dua pokok lagi yang belum berbuah mungkin disebabkan tanahnya tidak subur. Jadi saya menggunakan tinja arnab untuk dijadikan baja organik pokok pisang ini supaya berbuah.
“Kebiasaannya orang luar atau penduduk kampung yang datang ke sini untuk merakam gambar kerana unik dan pelik,” katanya akan terus menanam sebagai tarikan di kampung berkenaan.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera