Malaysia
104 ditahan sebab ingkar, 99 orang dikompaun tak pakai mask – NGO tak setuju
MALAYSIA: Kerajaan Malaysia telah memberikan amaran yang begitu tegas dengan tidak akan berkompromi sekiranya orang ramai masih lagi ingkar dengan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, kerajaan telah melaksanakan pemakaian MASK sebagai satu kewajipan ketika berada di tempat awam yang sesak.
Perkara ini terpaksa dilaksanakan oleh kerajaan kerana nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia seperti tidak diambil berat oleh orang ramai. Ramai yang masih gagal mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sebelum ini juga meluahkan rasa kekecewaannya dengan sikap orang ramai yang tidak patuh dengan SOP yang telah ditetapkan KKM.
104 ditahan sebab ingkar, 99 orang dikompaun tak pakai mask
Mengikut sumber BERNAMA TV, pada kemaskini hari ini, terdapat 99 kompaun telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan 104 orang ditahan kerana ingkar SOP yang telah ditetapkan.
Sebelum ini sempat tular dimana PDRM telah memberi nasihat kepada pekerja kedai makan di Kuantan. Dikatakan pegawai itu turut mengeluarkan kompoun keatas pekerja tersebut kerana tidak memakai mask dengan betul.
DIsini timbul persoalan warga maya sama ada pemakaian pelitup muka yang wajib dipakai sehingga tak cukup nafas. Adakah tidak dibenarkan untuk berehat seketika bagi mengambil nafas dan sebagainya?
Kompoun RM1000 terlalu drasktik – NGO
Mengikut sumber sinar harian, Presiden kepada Pertubuhan Kebajikan Kemanuasiaan Antarabangsa (PEka) Datuk Seri Zuhairi Ab Kadir mengatakan bahawa kompaun RM1000.00 yang dikenakan terhadap individu tidak pakai mask terlalu drastik.
Menurutnya pihak kerajaan hendaklah memberikan amaran terlebih dahulu dan sekiranya individu tersebut membuat kesalahan sama kali kedua barulah tindakan kompaun dikenakan keatas mereka sebagai pengajaran.
“Jika terus kompaun adalah tidak adil terutama kepada individu yang kurang berpendapatan, sudahlah terbeban ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, kena bayar pula kompaun RM1,000,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.
Jadi ini secara tidak langsung mendidik dan memberi pengajaran kepada orang ramai. Ia juga dapat mengelakkan orang kurang upaya dari segi kewangan membayar kompaun yang terlalu tinggi apabila membuat kesalahan kecil.
#Bagi kami pula Kementerian Kesihatan Malaysia selalu memberi peringatan tetapi masyarakat masih lagi tidak sedar dengan perkara ini. Jadi tindakan yang dibuat oleh kerajaan adalah tepat – Mysumber
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera