Connect with us

Malaysia

Tampαk Lembut Tapi Kuαt! Wanita Berniqab Bawa Lori Kontena Demi Sαra 5 Anak

Published

on

Kekuatan seorang wanita mungkin tidak terletak pada fizikal tetapi semangatnya. Biar diuji dengan apa juaga cabaran, pasti mereka mampu melaluinya apatah lagi jika perlu kuat demi anak-anak tersayang.

Kehibatan insan bergelar ibu sememangnya tak perlu disangkal lagi. Dengan keazaman yang kuat untuk menyediakan yang terbaik untuk keluarga, seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja termasuklah melakukan pekerjaan yang dipelopori oleh kaum lelaki.

Tampak lemah lembut dengan penampilannya yang juga berniqab tidak menjadi penghalang buat Nurazlinda Mahadi untuk menjadi pemandu lori kontena demi menyara lima anak yang masih kecil.

Melalui akaun Tiktok nur87ladytruckers, ibu kepada empat chaya mata perempuan dan seorang anak lelaki ini memberitahu bahawa dirinya ibu dan ayah pada masa yang sama.

Di rumah berperanan sebagai ibu tetapi ketika waktu siang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah ketika mencari nafkah buat mereka sekeluarga.

“Saya seorang pemandu lori kontena. Sayalah ibu dan sayalah ayah kepada lima orang cahaya mata.”

Biarpun sibuk dengan urusan kerja dan keluarga namun wanita tabah ini tidak lupa memuji kebesaran Allah SWT yang memberinya kekuatan untuk terus berjuang demi anak-anaknya yang masih kecil.

“Malam-malam balik kerja, anak yang kecil bangun. Pagi-pagi bangun pergi kerja semula. Bila waktu Nur rehat? Besarnya kebesaran Allah, diberikan kekuatan untuk uji4nnya. Agar kita bersyukur, Allah takkan uji di luar kemampuan hamb4-NYA”

Teruja bila tengok ibu hebat ini memandu lori kontena, bukan biasa-biasa!

Bukan semua mampu melakukannya.

Didoakan semoga Nurazlinda terus kuat dan dipermudahkan segala urusannya.

Semoga setiap langkah ibu hebat ini sentiasa dalam lindunganNYA.

Sumber : PA&MA, Tiktok nur87ladytruckers

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu