Connect with us

Malaysia

Terkini, kes baru 23 orang dijangkiti cov-19 – Dr Noor Hisham

Published

on

Terkini, kes baru 23 orang dijangkiti cov-19 - Dr Noor Hisham

MALAYSIA: Hari ini sekali lagi jumlah kes baru jangkitan cov-19 terus meningkat. Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa pada hari ini terdapat 17 orang telah dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas pulih sepenuhnya.

Jumlah ini menjadikan jumlah sembuh di Malaysia adalah sebanyak 8594 kes sehingga ke hari ini.

Namun begitu, jumlah kes baru cov-19 terus meningkat apabila pada hari ini seramai 23 orang disahkan positif cov-19 dengan 17 orang adalah terdiri daripada jangkitan tempatan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif bertambah kepada angka 8884 orang dengan mencatat jumlah kes aktif pada hari ini adalah sebanyak 164 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut memaklumkan bahawa tiada kes yang melibatkan nyawa pada hari ini. Namun begitu, 3 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Perkara ini dimaklumkan oleh Dr Noor Hisham di dalam kemaskini di akaun Twitter milik Ketua Pengarah Kesihatan tersebut.

Sehubungan itu, Datuk Seri Ismail Sabri dalam perkembangan terkini memaklumkan bahawa satu SOP ketat akan dibuat bagi mengawal pergerakan perjalanan menjelang Aidiladha ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu