Connect with us

Kewangan

Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya

Published

on

Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya

MALAYSIA: Hari ini berlangsungnya persidangan Mahkamah bagi memutuskan keputusan terhadap dakwaan yang dilemparkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengikut sumber yang diperolehi, Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia, didapati bersalah atas satu pertuduhan penyalahgunaan kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International.

Untuk makluman semua, beberapa kes sedang lagi berjalan dan tengah menunggu keputusan.

Bakal dipenjara 15 – 20 Tahun

Mengikut dakwaak yang telah dibuat iaitu mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan sekiranya bekas Perdana Menteri itu didapati bersalah beliau berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda sehingga 5 kali ganda suapa atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Bagi tuduhan untuk pengubahan wang haram pula memperuntukan hukuman penajara hingga 15 tahun.

Namun apa-apapun keputusan pastinya akan membawa impak serta sejarah bukan sahaja kepada Malaysia sebaliknya seluruh dunia.

BEBERAPA anggota Pasukan Light Strike Force (LSF) Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditempatkan di hadapan pintu pagar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi mengawal keadaan.

Bagaimanapun, ketika ini keadaan masih terkawal dan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetap setia menunggu di luar mahkamah bagi mengetahui perkembangan mengenai kesnya.

Pintu masuk turut ditutup dan hanya peguam dan media yang memiliki pas sahaja dibenarkan masuk setakat ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan ratusan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpakaian biru dan merah mula berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sejak 7 pagi ini menanti keputusan Mahkamah.

Mereka hadir bagi memberi sokongan kepada Najib sama ada beliau didapati bersalah atau tidak daripada tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, hari

Saya Sedia ke Mahkamah Rayuan – Najib

Walau apa pun keputusannya esok di Mahkamah Tinggi, ia tidak berakhir lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.

“Sejak hari pertama saya telah kata. Inilah peluang saya untuk membersihkan nama saya. Dalam kes yang akan diputuskan esok, saya dituduh salahgunakan kuasa untuk menyokong keputusan lembaga SRC meminjam RM4 bilion dari KWAP pada tahun 2011 supaya saya boleh tunggu empat tahun untuk menerima RM42 juta (1% dari RM4 bilion) pada akhir tahun 2014 dan seterusnya dibelanjakan sepenuhnya untuk kegiatan CSR dan politik,” katanya dala Facebooknya malam ini.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, sekiranya didapati tidak bersalah, sudah tentu pihak pendakwa raya akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

“Sebaliknya jika keputusan di Mahkamah Tinggi tidak memihak kepada saya, sudah tentu saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk penghakiman yang adil oleh panel tiga hakim dan bukan seorang hakim seperti keputusan esok,” katanya.

Menurut Najib, dua tahun yang berlalu bagaikan kegelapan dengan permainan politik kotor dan kekejaman Pakatan Harapan (PH) dan hanya dengan sinar daripada sokongan rakyat selama ini yang memberikannya kekuatan untuk bangkit melawan dan mendorongnya terus ke hadapan.

“Terima kasih saudara-saudari.Saya tidak putus asa. Ya, lepas ini kita ke Mahkamah Rayuan. Saya sudah bersedia. I am ready.
Saya tidak mahu mana-mana kes saya digugurkan seperti kerajaan PH menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng walaupun sudah bermula prosiding di mahkamah.

“Demi DAP dan Guan Eng, undang-undang dan sistem kehakiman dimainkan begitu sahaja oleh PH. Saya tidak mahu. Saya tidak mahu. Saya tidak mahu.

“Saya mahukan keadilan. Saya mahu membersihkan nama saya,” katanya.- MalaysiaGazette

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu