Malaysia
TERKINI Perkembangan Cov-19 di Johor Kluster Bakawali
MALAYSIA: JOHOR BAHRU – Seramai 157 kontak rapat kepada Kluster Bakawali, iaitu pasangan suami isteri guru yang disahkan positif CoV -19 selepas pulang dari Sabah sudah menjalani ujian.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyanathan berkata, daripada jumlah tersebut, 70 orang didapati negatif, manakala 87 lagi masih menunggu keputusan ujian Yang dijalankan hingga semalam.
“Siasatan dan pengesanan kontak rapat dalam kalangan guru dan murid juga telah dijalankan.
Kesemua kontak rapat tersebut akan dijalankan ujian CoV -19 dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah selama 14 hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kelmarin Johor melaporkan satu kluster baharu melibatkan sepasang suami isteri yang juga merupakan guru mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah pada 13 hingga 18 September lalu .
Pasangan itu pulang ke Johor pada 18 September lalu menaiki kapal terbang dari Tawau ke Johor Bahru, iaitu sebelum penetapan prosedur operasi standard (SOP) saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) di Sabah.
Vidyanathan berkata, selepas pulang pasangan itu mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada 26 September lalu sebelum disahkan positif lalu dirujuk ke Hospital Kluang bagi rawatan lanjut.
“Susulan itu pengesanan kontak secara aktif telah dijalankan. Sehingga 30 September, sembilan kontak rapat telah didapati positif dan lapan kontak rapat tersebut bekerja di tempat kerja yang sama dan merupakan generasi pertama.
“Sementera itu, seorang kontak rapat adalah merupakan isteri kepada salah seorang pekerja tersebut dan merupakan generasi kedua. Premis bekerja tersebut (makmal) telah dijalankan proses dekontaminasi dan ditutup.
“Kesemua pekerja makmal tersebut juga menjalani ujian CoV -19 dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah selama 14 hari.
Kes generasi kedua tersebut merupakan seorang guru (isteri kepada kes generasi pertama) yang bekerja di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Johor Bahru,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkembangan tersebut dan menggesa orang ramai yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah untuk hadir ke mana-mana fasiliti kesihatan bagi menjalani penilaian risiko penyakit CoV -19.
Vidyanathan mengingatkan semua yang disihatkan kuarantin perlu menjalani pengawasan dan pemerhatian sendiri di rumah selama 14 hari. – VOICE
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera