Connect with us

Malaysia

Keputusan Mesyuarat MKN pada hari berkaitan PKP – Ismail Sabri

Published

on

Keputusan Mesyuarat MKN pada hari berkaitan PKP - Ismail Sabri

MALAYSIA: Pada sebelah pagi tadi dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan Mesyuarat berkaitan cov-19 di Malaysia.

Menurut sumber Berita Harian, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan CoV-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Mesyuarat itu antaranya dihadiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba serta menteri-menteri berkaitan.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Semalam, Malaysia mencatatkan 287 kes baharu CoV-19, iaitu jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di negara ini. – BERNAMA

Tidak akan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan

Di akhir sidang media yang dibuat oleh YB Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi, beliau memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan tidak akan dilaksanakan esok atau dalam masa terdekat selepas mengambil kira peesak1t positif.

Menurutnya yang positif setakat ini paling banyak di Sabah dan Kedah adalah dalam kawalan dan bukan mel1batkan ramai orang awam atau orang luar. Ini kerana mereka yang positif berada dalam pnjara seperti contoh kluster benteng.

Hanya di SElangor sahaja kes tinggi iaitu 31 itu pun masih lagi berada di zon kuning dan bukan zon merah. Jadi sekiranya dibuat PKP hanya berbentuk lokaliti yang tertumpu kepada sesebuah kawasan.

Contoh yang diberi seperti di Shah Alam, tidak satu shah alam akan dikenakan L0ckd0wn, tetapi kawasan yang terekan sahaja seperti flat Shah Alam. (Ini hanya contoh yang diberi oleh Datuk Seri Ismail Sabri).

Kawalan Di Pantai Timur Sabah Dipertingkatkan

Kerajaan akan mempertingkatkan kawalan di Pantai Timur Sabah bagi mengekang kemasukan pndatng as1ng tnpa izin (PATI) dari negara jiran.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan kenaikan kes jngk1itan CoV-19 di negara ini berpunca daripada kemasukan PAT1 tersebut.

“Sidang khas hari ini bersetuju untuk menambah keanggotaan keselamatan, begitu juga aset sama ada daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“(Ia) bagi kita memperkasakan dan menambahketatkan lagi kawalan di Pantai Timur Sabah ini melalui Op Benteng supaya kita dapat menghalng kemasukan PAT1 khususnya dari lorong-lorong tikus ini,” katanya dalam Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Jelasnya, faktor geografi Pantai Timur Sabah yang begitu panjang dan luas serta terdapat banyak pulau yang menjadi transit PATI menjadikan kawalan agar svkar dijalankan.

“Bagi mereka yang ditahan, mereka yang tidak berdokumen, pasti sahaja mereka akan ditangkap dan ditempatkan di depot-depot tahanan imigresen.

“(Manakala) bagi mereka yang ada kad pengenalan, kita juga tidak bebaskan mereka. Walaupun tidak boleh tahn mereka tapi kita akan tempatkan mereka di pusat-pusat kuarantin dan dikuarantin selama 14 hari,” tambahnya lagi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu