Connect with us

Kewangan

Tidak perlu bayar PTPTN sehingga akhir tahun ini, Ini yang harus anda tahu – Menteri Pengajian Tinggi

Published

on

Tidak perlu bayar PTPTN sehingga akhir tahun ini, Ini yang harus anda tahu - Menteri Pengajian Tinggi

MALAYSIA: Berita gembira buat peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) apabila kerajaan menerusi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik.

Penangguhan bayaran balik kepada semua peminjam bermula 1 oktober sehingga 31 Disember 2020. Tambah Datuk Dr Noraini, penangguhan bayaran itu melibatkan anggaran jumlah bayaran balik sebanyak RM375 juta dan dengan jumlah tersebut anggaran keseluruhan penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 billion.

Berita gembira ini diberikan kepada seluruh peminjam bagi mengurankan beban kewangan mereka atau komitmen mereka.

PTPTN juga membantu mengurangkan bebanan atau komitmen bayaran balik pinjaman dengan sentiasa terbuka untuk membuat rundingan bagi menstruktur semula bayaran balik pinjaman sehingga umur 60 tahun dan menangguh balik bayaran pinjaman sehingga maksima 24 bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam dewan rakyat ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah YDPA.

Mengulas perkara sama, dalam kenyataan lain, Menteri Pengajian Tinggi itu memaklumkan bahawa semua peminjam PTPTN akan diberikan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan sebagaimana pelaksanaan sebelum ini.

Sekiranya ada diantara peminjam mahu membuat bayaran balik ketika tempoh tersebut, maka mereka boleh berbuat demikian melalui saluran bayaran balik secara atas talian yang telah disediakan.

Dalam pada itu, beliau mengatakan bahawa kerajaan turut berpendapat pelaksanaan kaedah bayaran balik berdasarkan kepada pendapatan belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini dengan mengambil kira jumlah bayaran balik berbanding jumlah pinjaman yang masih belum berbayar.

Noraini berkata demikian bagi menjawba soalan yang telah dilemparkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam celahannya. Dia ingin tahu sama ada kerajaan akan meneruskan skim pembayaran balik PTPTN selepas peminjam berpendapatan melebihi Rm4,000.00 sebulan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu