Malaysia
Tidak perlu Isytihar Daarurat – Agong. Jangan ganggu Perdana Menteri
MALAYSIA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berpendapat tiada keperluan untuk baginda mengisytiharkan darurat di Malaysia atau mana-mana bahagian di dalam negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan memeerngi wabaak Cooviid-19.
“Setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan
melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah merasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan dua muka surat itu menyusul selepas Seri Paduka Baginda dan Raja-Raja Melayu berbincang mengenai cadangan Jemaah Menteri yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada baginda di Istana Abdulaziz Jumaat lalu.
Dalam kenyataan itu, Al-Sultan Abdullah mengingatkan ahli politik supaya berhenti bermain politik yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.
Tegas baginda, Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak Cooviid-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.
“Sesungguhnya, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian Cooviid-19 di negara ini,” katanya lagi.
Jumaat lalu Muhyiddin bersama rombongan menghadap baginda bagi mempersembahkan cadangan pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk meemerngi ancaaman waabak Cooviid-19 di Malaysia.
Petang tadi, Majlis Raja-Raja telah mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara bagi membincangkan perkara tersebut.-MalaysiaGazette
Jangan ganggu Perdana Menteri
KEBELAKANGAN ini, seerngan politik terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin hebat dan ada sahaja pihak yang tidak senang duduk dengan kepimpinannya dan taktik terbaru ialah menggunakan pandemik Cooviid-19 bagi menyerang pemimpin tertinggi negara itu.
Mereka mendakwa Perdana Menteri gagal dan lemah dalam menangani krisis dibawa virus berbahaya ini, mempersoalkan mengapa beliau hanya menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketatkan Bersasar (PKPDB) atau PKP Bersyarat (PKPB) ketika kes jangkitan Cooviid-19 semakin meningkat.
Mereka menuduh beliau tidak efektif dan mempersoalkan mengapa kerajaan tidak melaksanakan semula PKP yang kawalannya lebih ketat. Mereka mendakwa Muhyiddin ambil kesempatan daripada penularan wabak ini untuk bermain politik, mengelak membubarkan Parlimen dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.
Bagi saya, tidak masuk akal apabila mendakwa Perdana Menteri menggunakan Cooviid-19 untuk kekal memegang kuasa. Jika betul, pasti kerajaan tidak akan melaksanakan langkah-langkah pencegahan atau menyalurkan peruntukan besar untuk memerngi virus ini.
Setakat ini, saya belum dengar lagi ada mana-mana kenyataan Muhyiddin berkisar mengenai politik kerana seperti ditegaskan Perdana Menteri sendiri, fokus beliau ketika ini adalah memerngi Cooviid-19 dan meningkatkan kembali ekonomi.
Saya secara peribadi menyokong keputusan kerajaan tidak melaksanakan semula PKP seperti Mac lalu kerana langkah itu tidak semestinya dikuatkuasakan sepanjang masa. Ini kerana kawalan penuh atau ‘total lockdown’ sesuai pada peringkat awal penularan seperti dilaksanakan hampir seluruh dunia sebelum ini.
Di Malaysia, PKP terbukti berkesan dalam mengawal penularan ketika dilaksanakan pada Mac lalu. PKP perlu pada masa itu ketika tidak banyak yang diketahui mengenai virus baharu ini dan semua negara serta Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sendiri masih belajar daripada kesilapan.
Pada awal penularan virus ini kira-kira tujuh bulan lalu, PKP adalah relevan untuk memberi kita masa membuat persiapan yang perlu, namun bagi jangka panjang, WHO berpandangan ia memudaratkan, terutama bagi golongan miskin, pekerja bahawan dan juga perniagaan.
Apabila maklumat mengenai Cooviid-19 semakin banyak dikumpul, semakin virus ini difahami, langkah mengawal penularannya menjadi semakin baik. Pendekatan kawalan secara bersasar atau PKPDB dan PKPB pula digunakan untuk mengimbangi kepentingan nyawa dan kelangsungan kehidupan manusia.
Pakar-pakar kesihatan dan ekonomi juga berpandangan sama. Pihak industri juga bersetuju sektor perniagaan dibenarkan kekal beroperasi bagi memastikan ekonomi kita tidak mati, tetapi ia mesti disertai pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Saya juga ada membaca kenyataan Tan Sr Dr Jemilah Mahmood, iaitu Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri yang senada dengan WHO, iaitu matlamat perintah kawalan tidak lagi sepatutnya dilaksanakan secara menyeluruh atau ‘total lockdown’ seperti pada Mac lalu.
Sekarang, tumpuan KKM adalah mengawal penularan di kawasan panas. Apabila lebih banyak ujian saringan dilakukan, jumlah kes jangkitan baharu akan meningkat, tetapi kita beruntung kerana KKM mempunyai keupayaan yang cukup.
Cukup-cukuplah berpolitik, cukup-cukuplah mengkritik dari kerusi empuk. Jangan jadi seperti kuali atau periuk kata cerek hitam. Memburukkan orang lain memang mudah, tetapi bagaimana dengan diri kita sendiri.
Sedarlah bahawa keutamaan kita mesti satu, iaitu membanteras Cooviid-19. Bukan tidak boleh berpolitik mengejar kuasa, tetapi masanya bukan sekarang.- MalaysiaGazette
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera