Malaysia
UEL Hadiahkan Myvi dan Bayarkan Rumah Sewa Sempena Sambutan Tahun Baru Cina
MALAYSIA: Sambutan tahun baru Cina bagi tahun ini pastinya berbeza dari tahun sebelumnya disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun ia tetap dirai dalam penuh kesederhanaan.
Ia juga pastinya menjadi perayaan yang paling bermakna bagi seorang ibu tunggal di Kota Bharu ini apabila Ustaz Ebit Lew menghadiahkannya sebuah kereta.
Menerusi perkongsian Ustaz Ebit Lew, Koh Kim Keok juga diberikan tab berserta sedikit duit belanja.
Ustaz Ebit Lew juga mengatakan akan membayar sewa rumah ibu tunggal itu setiap bulan.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Ziarah ibu tunggal chinese Koh Kim Keok di Kota Bharu, saya hadiahkan kereta Myvi dan Tab serta sedikit duit belanja dan akan bayarkan sewa rumah setiap bulan. Gong Xi Fa Chai.
Masa sampai tadi kakak ini menangis. Saya dapat info yang keluarga ini susah dan dah lama tiada makan besar dan tiada sambutan tahun baru cina.
Walau chinese non muslim tapi dia kenal saya. Katanya selalu berdoa nak jumpa ustaz. Hari ini tiba-tiba ada depan mata. Selepas kemaat1ian suami, kakak ini besarkan anak yang ramai seorang diri dengan kerja kedai kopi chinese.
Masa pkp gaji sehari Rm20. Dulu Rm30. Sebulan dapat Rm600. Anak yang baju merah tu memeluk Islam dah lama. Tapi mereka hidup dengan penuh kasih sayang.
Anak perempuan berhenti belajar Nursing kerana tiada duit untuk bayar ada yuran Rm800. Sedih lak dengar. Mula kerja kedai makan bantu keluarga. Saya cadangkan untuk sambung belajar semula.
Kami akan tanggung yuran jika belajar semula.
Tiada kenderaan untuk hantar anak sekolah. Dulu ada kereta lama dah jual besi buruk. Saya terus ajak beli kereta. Terus dapat tadi. Kereta Myvi. Menangis kakak gembira sangat.
Terima kasih JKM ada beri duit bulanan. Terima kasih Yb dan Menteri. Terima kasih zakat.
Terima kasih Penghulu dan ketua kampung. Terima kasih jiran dan masyarakat setempat. Terima kasih NGO tempatan. Terima kasih Media yang maklumkan pada saya. Terima kasih semua-ebitlew
Semoga menjadi asbab kebaikan. Happy Chinese New Year. Selamat makan besar semua-ebitlew
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera