Connect with us

Malaysia

UMNO dan Anwar berkemungkinan besar bakal Bersatu, Ini penjelasan Tajuddin

Published

on

UMNO dan Anwar berkemungkinan besar bakal Bersatu, Ini penjelasan Tajuddin

MALAYSIA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini memaklumkan bahawa parti itu sedia bekerjasama dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, kerjasama mungkin berlaku sekiranya pemimpin pembangkang berkenaan mempunyai formula yang dapat membahagiakan semua parti terlibat.

Menurutnya, tidak mustahil parti lain turut memberikan sokongan kepada Anwar sekiranya mereka berpendapat pemimpin berkenaan boleh memberikan apa yang parti mahukan.

Malah, katanya, UMNO sendiri sudah tidak berpuas hati dengan Perikatan Nasional (PN) sejak gabungan itu ditubuhkan apabila UMNO tidak memperoleh peluang untuk kembali berkhidmat seperti mana yang diharapkan.

“Kalau UMNO merasakan (peluang) dia dikurangkan, pihak Kerajaan PN kena melihat perkara ini supaya dapat diatasi.

“Kalau tidak nanti masalah perhubungan ini akan menjadi lebih rumit dan orang lain akan mengambil kesempatan untuk membawa satu cadangan lain.

“Kalau parti-parti ini merasakan Anwar boleh memberi apa yang dia mahu, mungkin mereka akan tertarik untuk memberikan sokongan kepada Anwar, jangan terkejut kalau itu berlaku,” katanya menurut laporan Astro Awani hari ini.

Malam tadi, UMNO dalam Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan politik PN.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu akan memberi syarat baharu kepada PN bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian untuk dilaksanakan secepat mungkin.

UMNO timbang tarik diri sokong PN

UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) dan akan memberi syarat baharu kepada kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, syarat baharu itu akan dikemukakan kepada Muhyiddin esok.

Beliau berkata, perkara itu turut dipersetujui sebulat suara oleh 13 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang hadir dalam Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung selama dua sesi hari ini.

“Mesyuarat dua sesi yang diadakan hari ini dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan semua Pengerusi UMNO negeri kecuali Sabah.

“Semua 13 yang hadir (Pengerusi UMNO negeri) sebulat suara setuju dan kita yakin Datuk Seri Bung (Mokhtar Radin) juga akan setuju.

“Jadi, inilah keputusan yang kita lakukan dan ia sebagaimana situasi politik yang mana rakyat sedia maklum selepas (Datuk Seri) Anwar mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini,” katanya pada sidang media sebaik selesai Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Putra (PWTC) di sini malam ini.

Dalam pada itu, ditanya sama UMNO akan meninggalkan PN sekiranya syarat baharu itu tidak dipersetujui Muhyiddin, Ahmad berkata, perkara tersebut akan diputuskan kemudian.

“Keputusan itu akan kami putuskan selepas itu,” katanya.

Ditanya sama ada keputusan mesyuarat itu turut dimaklumkan kepada rakan Muafakat Nasional, Ahmad berkata, kesemua 39 ahli Parlimen UMNO dan perkara itu juga akan dimaklumkan kepada rakan komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

“UMNO ada 39 kerusi dan empat lagi rakan BN. Kita ada kaedah untuk maklum,” katanya.

‘Letak syarat pemimpin UMNO jadi Perdana Menteri’

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berharap antara syarat baharu diletakkan UMNO kepada Perikatan Nasional (PN) adalah Perdana Menteri datangnya daripada parti itu.

Lokman berpandangan sedemikian kerana UMNO adalah parti yang mempunyai kerusi paling banyak dalam kerajaan PN sekarang berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan parti yang lain.

“Ini baru betul, yang majoriti tentukan hala tuju pemerintahan, bukan parti minoriti buli majoriti. Tahniah UMNO! Harap antara syarat yang diletakkan ialah UMNO Perdana Menteri, Bersatu TPM,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Zahid menghadap Agong Khamis ini

Beliau berkata, sekiranya PN tidak bersetuju dengan syarat yang diberikan itu UMNO boleh sahaja keluar dari kerajaan dan menjadi pembangkang sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Jika UMNO keluar dari PN dan tidak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin tumbang.

“Anwar tak jadi Perdana Menteri dan pilihan raya umum dapat diadakan sebaik (koronavirus) Covid-19 reda. Tak lama mana pun,” katanya.

Terdahulu, UMNO dalam Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan politik PN.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu akan memberi syarat baharu kepada PN bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu