Malaysia
UMNO Tidak bersama Muhyiddin, Tukar Slogan Yes Anwar, DAP and No Mahathir ?

MALAYSIA: Ura-ura UMNO berpaling sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hangat diperdebatkan.
Awal hari ini, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu nada seruan UMNO bertukar yakni “Yes Anwar, No DAP, No Mahathir.
“Terkejut pagi ini, slogan baru muncul. Yes Anwar, No DAP, No Mahathir.
“Barisan Nasional (BN) akan tunggu keputusan parti,” catat Ahli Parlimen Arau itu di Facebooknya, hari ini.
Shahidan menegaskan buat masa ini, pemimpin UMNO masih berpegang kepada paksi No Anwar, No DAP dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sekarang masih pegang No Anwar, No DAP sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin…oh Malaysiaku,” ujarnya.
Terdahulu, dilaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menukar fikiran saat akhir untuk tidak menghadiri pertemuan Perdana Menteri dengan ketua-ketua parti yang menyokong PN. – SuaraTV
Ahmad Zahid Tukar Fikiran, Tak Jadi Jumpa Muhyiddin
PUTRAJAYA- Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti yang menyokong Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir.
Pertemuan yang diadakan di Bangunan Perdana Putra itu berlangsung jam 9.30 pagi manakala mesyuarat Kabinet Khas dijadual 10.30 pagi.
Memetik laporan Malaysiakini, yang mendapat makluman daripada sumber UMNO memberitahu, kesemua ketua parti termasuk dari Sabah dan Sarawak hadir dalam pertemuan pagi tadi.
“Cuma Presiden UMNO (Ahmad Zahid) tidak hadir,” kata sumber memetik portal berita itu.
Bagaimanapun, sumber berkenaan tidak maklum sama ada UMNO menghantar wakil menggantikan Ahmad Zahid dalam pertemuan tersebut.
“Itu (wakil) saya tidak pasti, apa yang boleh saya sahkan Ahmad Zahid tidak hadir.
“Kedua, pertemuan ini untuk presiden-presiden parti politik yang sokong PN,” jelasnya.
Selain itu, Malaysiakini turut melaporkan, satu lagi sumber memberitahu, Ahmad Zahid menukar fikiran pada saat akhir pagi ini.
“Beliau sepatutnya dijadualkan hadir pertemuan dengan Perdana Menteri pagi ini, namun, menukar fikiran pada saat akhir atas keputusan peribadi,” ujarnya.
Semalam, semua menteri Kabinet mengadakan mesyuarat tidak rasmi di kediaman Muhyiddin sejurus Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan isytihar darurat.
Perdana Menteri Hadir ke Perdana Putra
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tiba di Bangunan Perdana Putra, di sini, kira-kira jam 9.20 pagi tadi.
Beliau dijangka mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pagi ini.
Lewat malam tadi, BH melaporkan pertemuan itu dipercayai membincangkan keputusan mesyuarat khas Raja-Raja Melayu petang semalam, selain beberapa urusan kerajaan.
Sumber berkata, jemputan mesyuarat dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri tengah hari semalam, iaitu sebelum mesyuarat khas Raja-Raja Melayu bermula.
Bagaimanapun agenda mesyuarat di Putrajaya itu dikatakan masih tidak diketahui.
Muhyiddin dalam satu kenyataan malam tadi berkata, Jemaah Menteri akan berbincang dengan lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam bahawa tiada keperluan untuk mengisytihar darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia buat masa ini.
Perdana Menteri berkata, Jemaah Menteri mengambil maklum mengenai kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara itu.
Katanya, keutamaan Jemaah Menteri dan kerajaan pada masa ini ialah melindungi rakyat daripada wabak Cooviid-19. – SUmber Suara.tv
-
Malaysia3 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia3 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia3 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia3 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia3 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia3 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan3 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia3 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera