Malaysia
Niat Murni Ustaz Ebit Lew Terhenti. Mohon Maaf Kepada Pihak Berkenaan
MALAYSIA: Semalam kami ada kngsikan yang Ustaz Ebit Lew sedia menghulurkan bantuan bagi membantu pelajar pulang ke kampung.
Ini selepas kenyataan pihak KPT memaklumkan penanggvhan bagi pendaftaran pelajar IPT melihat kepada perkembangan Cov-19 di negara kita.
Ustaz Ebit Lew Sewa Bas Untuk Hantor Pelajar Terkndas di Universiti Pulang Kampung
MALAYSIA: Ustaz Ebit Lew memohon maaf selepas bertindak membawa balik penuntut-penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) tanpa kebenaran universiti berkenaan.
Dalam kenyataannya, Ustaz Ebit berkata, beliau cuma membantu pelajar menyediakan bas awam secara percuma untuk membawa mereka balik ke kampung.
”Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama vice canselor sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka. Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga.
”Saya minta maaf saya saalah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat,” kata beliau.
Disebabkan isu itu, beliau terpaksa menangguhkan 20 bas lagi untuk membawa membawa penuntut-penuntut dari institut pengajian tinggi awam balik ke destinasi masing-masing.
Ustaz Ebit menjelaskan, beliau berbuat demikian selepas mendengar keluhan oleh penuntut-penuntut IPTA.-MalaysiaGazette
Bantuan Ustaz Ebit Lew dihargai tapi perlu dapat kebenaran KPT, MKN
KUALA LUMPUR – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengucapkan terima kasih atas usaha murni yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew untuk menghantar pelajar-pelajar pulang ke kampung.
Bagaimanapun, katanya, dalam keadaan krisis pandemik CoV-19, Ustaz Ebit perlu mematuhi proses penghantaran pulang pelajar dengan mengikut prosedur standard operasi (SOP) atau peratvran-peratvran yang ditetapkan.
Katanya, ia perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak universiti, yang secara langsung mendapat kebenaran daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Perkara ini perlu dilaksanakan kerana dalam keadaan pandemik CoV-19, kita tidak mahu sebarang perkara-perkara negatif berlaku terutama hal-hal yang berkenaan pandemik dan juga keselamatan pelajar sepanjang perjalanan pulang mereka ke kampung atau ke destinasi masing-masing,” kata MPP universiti itu dalam kenyataan di sini.
Tambahnya, MPP UPSI amat terbuka dan mengalu-alukan sebarang bantuan oleh mana-mana pihak luar namun menyarankan bantuan yang dihulurkan perlu mengikuti peraturan dan SOP yang ditetapkan.
Jelasnya, sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku, pastinya pihak universiti, KPT dan negara akan dipertanggungjawabkan.
Semalam, Ustaz Ebit berkongsi hantaran membantu menyediakan bas percuma untuk membawa penuntut universiti itu balik semula ke kampung selepas KPT memutuskan agar pembelajaran di institut pengajian tinggi (IPT) dibuat secara atas talian.
Beliau berkata, ramai penuntut menghantar mesej kepadanya meminta bantuan.
Atas rasa kasihan, Ustaz Ebit telah menyewa bas ke Pantai Timur dari UPSI.
Katanya, bantuan sama juga akan diatur kepada pelajar-pelajar di beberapa IPT
“Sayu ramai pelajar mesej saya dari pelbagai universiti. Disebabkan keadaan semasa yang kelas ditukar semula kepada online. Ramai juga yang baru daftar. Kasihan dengar. Saya tolong sewakan bas bagi free untuk mereka.
“Banyak pelajar yang dm saya. Bas ini ke Pantai Timur dari upsi. Ramai lagi insyaAllah saya akan aturkan dari uitm, uthm, upsi dan banyak lagi. Yerlah keadaan semasa negara CoV 19 meningkat. Semoga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan adik-adik. Dapat beri motivasi dan semangat pada pelajar dalam bas yang bergerak tadi. Teringat dulu masa susah di universiti,” kata beliau. – MalaysiaGazette
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera