Connect with us

Malaysia

(Video) Pesanan Ayah buat wargamaya sebak. Untuk 2 orang anaknya Pe n agih Da d ah

Published

on

(Video) Pesanan Ayah buat wargamaya sebak. Untuk 2 orang anaknya Pe n agih Da d ah

MALAYSIA: Kota Bharu: “Pergi lah cari ilmu (dalam pusat pemulihan), balik nanti ayoh (ayah) harap (anak) dapat jadi tok bilal, jadi orang berguna,” pesan seorang bapa kepada dua anak lelakinya yang dita han penguat kuasa Agensi Antida d ah Kebangsaan (AADK), hari ini.

Dalam linangan air mata, warga emas itu menitipkan pesanan berkenaan selepas dua anak lelakinya yang khayal akibat pengambilan pil kuda dibawa keluar dari rumah di Kampung Tegayong di sini, pada 10.30 pagi.

Ketika dita han, Zul (bukan nama sebenar), 29, mengaku dia sudah mena g ih da d ah sejak lima tahun lalu sambil mendakwa ia untuk ‘tenaga’ bagi mengerjakan sawah keluarga.

“Begitu juga dengan adik yang sebelum ini bekerja di ladang di Gua Musang, mengambil pil kuda kerana melakukan kerja berat dan kami ingin dapatkan tenaga,” katanya.

Dalam serbuan di Kampung Kedai Buloh, di sini, anggota AADK terpaksa mengejar seorang lelaki yang melarikan diri selepas terkejut melihat rumah rakannya yang juga pena g ih da d ah diserbu.

Lelaki itu yang menunggang motosikal meninggalkan kenderaannya dan berlari dengan berkaki ayam serta gagal dikesan.

Rakannya berusia 34 tahun dita han di luar rumah serta dipercayai baru pulang daripada membeli bekalan da d ah.

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Kota Bharu, Muhamad Che Ismail berkata, pihaknya berjaya menahan enam lelaki berusia antara 26 hingga 34 tahun dalam operasi tiga jam itu yang bermula 10 pagi.

Katanya, turut dita han pena g ih da d ah orang kurang upaya (OKU) fizikal dan seorang lagi yang pernah mendapatkan rawatan penyakit mental.

“Operasi berlangsung di lima lokasi berasingan di daerah ini dengan semua mereka positif methampethamine. Penahanan mengikut Seksyen 3(1) Akta Pena g ih da d ah (Rawatan & Pemulihan) 1983,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu