Malaysia
(Video) Rasmi Kenyataan Neelofa Nafi Mengenai Isu PU Riz
MALAYSIA: Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, Neelofa menafikan khabar angin yang tular di media sosial berkaitan hubungan beliau dengan PU Riz.
Neelofa menafikan yang beliau terkena buatan minyak pengasih sehingga mahu membelanjakan sejumlah wang yang banyak buat PU Riz dan keluarganya.
Beliau juga menafikan satu khabar angin lain yang mengatakan mereka berdua telah berkahwin secara senyap di Kelantan.
Berikut adalah kenyataan Rasmi Yang dibuat oleh Neelofa
Namun begitu Neelofa tidak mengeluarkan sebarang statement mengenai hubungannya dengan PU Riz. Beliau hanya meminta agar wargamaya mendoakannya dan memberinya masa.
View this post on Instagram
Kuala Lumpur: “Saya ada bersama Neelofa ketika ini. Alhamdulillah, dia berada dalam keadaan baik dan tenang,” kata pengurus kepada selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Shawn Amer mengenai keadaan terkini pengacara itu.
Shawn berkata, Neelofa akan menjawab segala spekulasi yang dikaitkan dengannya hari ini dan mohon sedikit ruang.
“Pihak kami akan menyiapkan kenyataan rasmi dan diedarkan kepada rakan-rakan media sebentar lagi,” katanya ringkas.
Bekas pengacara MeleTOP itu dijangka mengeluarkan kenyataan media sekitar jam 8 malam ini.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Neelofa dan PU Riz yang dikatakan berada dalam keadaan yang tidak baik.
Ia susulan beberapa foto tangkap layar Instagram Story adik-beradik Neelofa yang tular, sejak semalam.
Apa yang mencuri perhatian, foto merisik PU Riz dan Neelofa khabarnya sudah dipadamkan daripada Instagram, selain ibu dan adik-beradik personaliti popular itu dikatakan sudah tidak mengikuti PU Riz atau nama sebenarnya Hariz Ismail di media sosial.
Bagaimanapun tinjauan Harian Metro hari ini mendapati PU Riz dan Neelofa masih saling mengikuti di antara satu sama lain.
TIADA angin tiada ribut, nama pasangan selebriti yang dijangka bernikah pada tahun depan iaitu PU Riz dan Neelofa hangat diperkatakan netizen susulan beberapa foto tangkap layar Instagram Story adik-beradik Neelofa menjadi tular, sejak semalam.
Lebih mencuri perhatian, foto merisik PU Riz dan Neelofa khabarnya sudah dipadamkan daripada Instagram selain ibu dan adik-beradik personaliti popular itu dikatakan sudah tidak mengikuti PU Riz atau nama sebenarnya di media sosial.
Bagaimanapun tinjauan Harian Metro sebentar tadi mendapati PU Riz dan Neelofa masih saling mengikuti di antara satu sama lain.
Sebelum ini, kecoh apabila kakak Neelofa iaitu Noor Nabila memuat naik beberapa kapsyen foto di Instagram Storry didakwa ditujukan kepada seseorang.
Selain Nabila, adik Neelofa iaitu Atisha Khan dan Ameera Khan serta sepupu-sepupu mereka turut memuat naik kata-kata sinis yang hampir sama di Instagram Story masing-masing.
Lebih mencurigakan, ibu Neelofa, Noor Kartini juga membuat perkongsian di Instagram story berkaitan kata-kata memohon perlindungan Allah SWT daripada perkara bvruk.
Terdahulu, Neelofa dilaporkan sudah dirisik oleh PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail pada 1 November lalu di kediaman keluarga bekas pengacara MeleTOP itu.
Malah, dilaporkan juga pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan. Bahkan, baru-baru ini hangat di media sosial apabila Neelofa dikata terlepas memanggil PU Riz ‘sayang’ dalam satu video mereka di YouTube.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera