Connect with us

Malaysia

[VlDEO] Abam Polis bantu Tolak Van dalam Hujan Wargamaya Beri Pujian

Published

on

MALAYSIA: Baru-baru ini media sosial kita ‘dicalitkan’ dengan beberapa isu melibatkan pihak berkuasa yang didakwa tidak berintegriti ketika bertugas.

Namun bak kata pepatah, dalam setandan pisang itu bukannya semua elok, kan? Pastilah ada sebiji dua yang tidak boleh dimakan.

Sebagai manusia, fitrahnya kita memang alpa dan tidak lari daripada kesilapan. Tapi apa yang paling penting adalah usaha kita untuk berubah menjadi lebih baik.

Berkenaan perlakuan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas, pasti ada juga sisi baik yang perlu kita dalami. Ini penting kerana masyarakat perlu faham bahawa bersikap ‘pukul rata’ itu tidak seharusnya berlaku.

Demikianlah satu situasi menyentuh hati melibatkan anggota pihak berkuasa yang sanggup membantu orang awam ketika dalam kesusahan seperti yang dikongsikan oleh warganet Fahmi Apiht ini.

Difahamkan, anggota tersebut sanggup berbasahan dalam hujan lebat semata-mata memastikan individu pemandu van tersebut selamat, selain membantu menyelesaikan masalahnya.

Tersentuh dengan apa yang terjadi, ramai warganet menzahirkan rasa syukur bahawa masih ramai lagi anggota pihak berkuasa yang betul-betul ikhlas berbakti demi negara.

Tidak dinafikan, sikap suka pukul rata sedikit-sebanyak memberi tempias yang tidak baik buat institusi keselamatan.

Jelas warganet ini, aggota tersebut memang layak mendapat penghormatan daripada orang awam hasil kebaikan yang dilakukannya.

Benarlah kata slogan Polis Diraja Malaysia (PDRM), “Polis dan masyarakat berpisah tiada”.

Terbaik abang polis

Kota Kinabalu: Rakaman video memaparkan dua anggota polis memberi nasihat sebelum menghulurkan wang kepada seorang kanak-kanak mendapat pujian ramai.

Video berdurasi 42 saat yang tular menerusi aplikasi TikTok berkenaan berjaya menarik lebih 4,000 komen, sejak semalam.

Difahamkan, kejadian membabitkan dua anggota Balai Polis Kota Kinabalu itu berlaku pada jam 3.40 petang, di sekitar Jalan Api-Api Centre di pusat bandar ini.

Kedua-dua anggota polis terbabit dikatakan bimbang melihat kehadiran seorang kanak-kanak yang berjalan seorang diri di kawasan berkenaan dan terus memanggilnya untuk bertanyakan keadaan sebenar.

Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit memberitahu dia ingin berdikari mencari duit untuk membantu keluarganya menjual keropok.

Simpati dengan keadaannya, anggota polis terbabit terus memberikan sedikit sumbangan ikhlas berbentuk wang tunai kepada kanak-kanak terbabit.

Selain itu, kedua-dua anggota polis terbabit turut menasihatkan kanak-kanak itu supaya berhati-hati dan diminta untuk terus balik ke rumah demi keselamatannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua anggota polis dalam rakaman tular berkenaan adalah anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Katanya, disamping menjalankan tugas menjaga keselamatan, polis juga mempunyai sifat mulia untuk membantu sesiapa saja selagi termampu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu