Malaysia
Wanita Gugur Kandungan, Pegawai Polis Parah
MALAYSIA: Baling: Seorang wanita keguguran selepas kandungannya berusia tujuh bulan meninggal dunia apabila kereta dipandu suaminya terbabit dalam kemlngan dengan kenderaan milik polis di Jalan Baru Baling-Kupang berdekatan simpang empat Carok Nau di sini, malam tadi.
Kejadian kira-kira jam 9 malam itu turut menyebabkan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Pengkalan Hulu, Perak, Inspektor Mohd Nasrun Ismail, 39, cedera parah. Wanita berusia 28 tahun itu serta suaminya, 30 dan anaknya berusia lima tahun turut cedera parah, manakala dua lagi anak mereka yang berusia 11 dan sembilan tahun masing-masing cedera ringan dan tidak cedera.
Akibat kemlngan itu, wanita yang duduk di kerusi penumpang hadapan dilaporkan mengalami keguguran selepas kandungannya yang berusia tujuh bulan disahkan mennggl dunia di dalam perut ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan polis berkenaan dalam perjalanan menuju ke IPD Baling dan kereta membawa keluarga berkenaan menghala ke rumah mereka di Kampung Gabus, Pulai.
Katanya, sebaik tiba di persimpangan Carok Nau, pemandu Proton Waja dikatakan terlanggar bahagian kanan hadapan Nissan X-Trail yang dipandu Mohd Nasrun.
“Kemalngan itu menyebabkan kedua-dua pemandu, wanita dan kanak-kanak berusia lima tahun cedera parah dan dikejarkan ke HSAH serta Hospital Kulim bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Kanak-kanak berusia 11 tahun yang menaiki Proton Waja mengalami kecederaan ringan manakala adiknya berusia sembilan tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Shamsudin berkata, pegawai kanan polis berkenaan datang ke IPD Baling kerana melakukan kerja rasmi dan memandu kenderaan milik pasukan.
“Keadaan empat mangsa yang parah dilaporkan kritikal dengan tiga daripada mereka dirawat di Wad Kecemasan HSAH, manakala pemandu Proton Waja berusia 30 tahun dirawat di Hospital Kulim.
“Berikutan itu, polis meminta saksi yang melihat kejadian dapat tampil bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera