Connect with us

Malaysia

“Wanita ini Dkwa Polis Persoal Dia tak Pakai Bra”, Ini Kenyataan Rasmi PDRM

Published

on

MALAYSIA: KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dua kes yang dialami dua wanita yang mendkwa diganggu anggota polis yang menjalankan tugas Sekatan Jalan Raya (SJR), termasuk satu gangguan sksval.

Dalam kes di Jalan Duta, di sini, seorang wanita mendkwa ditanya oleh anggota polis sama ada dia memakai pakaian dalam atau tidak, selain memberi jaminan tidak akan mengeluarkan saman jika dia menunjukkan sama ada dia memakai pakaian dalam atau tidak.

Dalam satu lagi kejadian di Pulau Pinang, seorang anggota polis menghubungi wanita yang baru diperiksanya ketika melalui SJR dengan tujuan ingin berkenalan.

Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, berkata pada masa ini pihaknya sedang menjalankan siasatan kedua-dua dkwaan berkenaan.

“Siasatan pada masa ini adalah untuk mengenal pasti kedua-dua anggota terbabit berdasarkan keterangan dan maklumat yang ada.

“Pada masa sama, Bukit Aman sudah menghubungi kedua-dua wanita itu bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai anggota yang didkwa mengganggu mereka bagi membantu siasatan JIPS,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Zamri berkata, JIPS akan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya ke atas mereka yang terbabit.

“Kesalahan seperti dinyatakan itu adalah kesalahan tatakelakuan yang serius kerana ia boleh mencemarkan imej PDRM.

“Saya juga ingin mengingatkan bahawa pegawai dan anggota polis yang sedang bertugas perlu bersikap profesional dan tidak membuat sesuatu perkara atau melakukan percakapan yang tidak berkaitan tugas rasmi yang sedang dijalankan,” katanya.

Kedua-dua wanita itu dikesan memuat naik situasi yang dialami ketika melalui SJR menerusi akuan sosial Twitter dan Instagram milik mereka.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Sabiyusof, memaklumkan ditahan selepas tidak membawa lesen memandu ketika melalui SJR di Jalan Duta, di sini, ketika dalam perjalanan pulang ke Shah Alam selepas mengambil barang di Wangsa Maju, di sini.

Dia juga turut diminta mengemukakan surat kebenaran untuk pergerakan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun menunjukkan kebenaran itu dalam sistem menerusi dalam talian dalam telefon bimbit miliknya.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan, seorang daripada dua anggota polis yang memeriksanya bertanya soalan sama ada dia memakai pakaian dalam atau tidak, selain turut menawarkan pelepasannya sekiranya dia menunjukkan sama ada dia memakai pakaian dalam atau tidak.

Wanita itu kemudian enggan menuruti permintaan itu dan meminta anggota polis terbabit mengeluarkan saman.

Gambar wanita didedaahkan wargamaya

Menurut sumber di laman sosial wanita tersebut juga telah membuat laporan polis. Perkara ini diperolehi melalui satu muat naik di insta story wanita tersebut.

Polis siasat dkwaan gangguan sksval di SJR

Dalam akhbar lain KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat berhubung dkwaan gangguan sksval terhadap dua wanita di sekatan jalan raya (SJR) di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, kes tersebut sedang disiasat oleh JIPS Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Saya difahamkan kejadian pertama berlaku di SJR Jalan Duta mengenai seorang anggota polis yang menegur seorang pemandu wanita tidak memakai bra.

“Kejadian kedua pula dikatakan berlaku di SJR Pulau Pinang berhubung anggota polis meminta nombor telefon seorang pemandu wanita, kemudian menghubunginya untuk berkenalan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Zamri berkata, pihaknya sedang mengenalpasti anggota polis yang terlibat berdasarkan keterangan yang ada.

“Pada masa sama, kita telah menghubungi kedua-dua pengadu tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai anggota polis itu bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya ke atas mereka yang terlibat.

“Ia merupakan kesalahan tata kelakuan yang serius kerana Ia boleh mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia.

“Pegawai dan anggota polis perlu bersikap profesional dan tidak boleh berbuat sesuatu atau melakukan percakapan tidak berkaitan dengan tugas rasmi yang sedang dijalankan pada masa tersebut,” katanya.

Sinar / Facebook / Bharian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu