Connect with us

Malaysia

Siapa daripada 4 individu ini Waris sebenar Faraid 4rwah Abam? Ini penjelasan Peguam

Published

on

Nampaknya kemelut antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah yang berpanjangan sehingga dibawa ke mahkamah.

Pada Rabu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, bertindak memfailkan saman balas terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Ali mengambil tindakan tersebut selepas mendapatkan nasihat daripada peguamnya berikutan balu kepada Allahyarham Abam Bocey itu terlebih dahulu memfailkan saman terhadap dia dan keluarganya.

Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Berikut Posting dari TN KA sebgai perkongsian kita bersama

Assalamualaikum semua,

Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk campur tangan isu keluarga sesaorang, tetapi kerana saya berada dalam bidang pewarisan dan telah membantu menyelesaikan banyak kes kes pusaka, ramai yang

bertanya kepada saya untuk mendapat pandangan dan analisa akan perkara yang berlaku dan telah tersebar di media social.

Saya akan beri pandangan saya dari sudut professional berdasarkan maklumat saya dapat dari apa yang ada di media dan yang telah menjadi pengetahuan umum.

SIAPAKAH WARIS FARAID 4RW4H ABAM?

1. Ayahnya (Syed Mohd Redzuan yang diberitakan masih lagi hidup) Hak Faraid 4/24

2. Ibunya (Rosbiah Arshad) hak Faraid 4/24

3. Isterinya (Siti Nurhidayah Mohd Ali) 3/24

4. Anaknya (Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey) bakinya sebagai Assobah Binafsih 13/24. Hak nya akan dijaga oleh penjaganya. Untuk kes ini Ibunya berhak menjadi penjaga.

APAKAH TANGGUNG JAWAB WARIS 4RW4H ABAM?

1. Jika ada sebarang harta yang telah dihadiahkan (Hibah) oleh 4rw4h dengan cukup syarat dan rukunnya, keluarkan harta tersebut dari pengiraan Pusaka.

2. Jika ada sebarang harta yang 4rw4h pegang sebagai pemegang amanah bagi pihak sesiapa, keluarkan bahagian yang dipegang amanah dari pengiraan Pusaka

3. Jika ada sebarang kos pengkebumian, boleh diambil dari harta tunai ynag ditinggalkan seperti duit tunai dalam dompet, duit yang sempat dikeluarkan dari ATM dll. Dan sekiranya ada ahli keluarga yang dahulukan pembayaran kos kebumi, boleh tuntut dari pusaka tunai a4rwaah.

4. Jika ada sebarang hutang arrwwah kepada Allah seperti Zakat, Fidyah, Haji, waris boleh gunakan pusaka tunai arrwwah untuk lunaskan.

5. Jika ada sebaran hutang aarwaah kepada manusia atau kerajaan, waris uruskan untuk membayarnya mengunakan harta yang ditinggalkan (Rujuk Surah An Nisa ayat 11-12)

6. Jika ada isteri yang sah, Si isteri boleh menuntut 3 perkara

a. Nafkah sara hidup semasa iddah atau sebaiknya selama 12 bulan ( Rujuk Surah Al Baqarah ayat 240)

b. Peruntukan untuk tempat tinggal ( Rujuk Surah Al Baqarah ayat 240)

c. Tuntutan harta sepencarian sekiranya ada harta yang diperolehi sepanjang perkahwinan mereka

7. Jika ada sebarang wasiat yang dibuat oleh aarwaah kepada bukan waris atau untuk tujuan kebajikan dan nilainya tidak melebihi 1/3 dari harta yang ditinggalkan, maka wajib waris laksanakan ( rujuk Surah An Nisa ayat 11 dan 12)

HAK WARIS

Setelah dilaksanakan 7 perkara di atas, barulah bakinya menjadi hak waris faraid. Waris-waris ini setelah tahu berapa kadar hak faraid mereka dan nilai pusaka yang ditinggalkan, mereka boleh bermuafakat ( At

Taharuj). Ada 4 jenis permuafakatan yang mereka boleh ambil.

1. Melepaskan hak mereka dengan redha kepada waris lain. Jika ini berlaku waris yang melepaskan hak itu seolah olah memberi sedekah akan hak mereka dan akan mendapat ganjaran pahala

2. Melepaskan hak mereka dengan menerima pampasan yang dipersetujui

3. Semua waris setuju untuk membahagikan pada kadar tertentu

4. Semua waris setuju untuk dibahagi mengikut kadar faraid

Setiap harta boleh mengikut kaedah muafakat ynag berbeza, bukan bermakna satu muafakat terpakai untuk semua harta. CARA TERBAIK MENYELESAIKAN ISU PUSAKA

1. Jemput pihak ketiga yang pakar dalam menyelasaikan isu pusaka. Tindakan sendiri dari pihak waris, lebih lebih lagi dengan pengaruh emosi dan bertindak tanpa kefahaman yang tepat tentang faraid dan proses urus pusaka akan mengeruhkan keadaan.

2. Mulakan proses urus pusaka di tempat yang sepatutnya, sebaik baiknya dengan bantuan pakar. Membuat kenyataan di media social dan tindakan saman menyaman tidak akan menyelesaikan masalah

3. Untuk semua yang masih hidup dan yang mempunyai keluarga, harta, Hasrat dan satu haru nanti akan maat1i, disarankan untuk membuat perancangan legasi yang lengkap.

ANALISA PERIBADI SAYA

Apa yang berlaku kepada urusan Pusaka aarwaah Abab, adalah kesilapan yang biasa berlaku dalam pengurusan pusaka masyarakat kita yang menyebabkan ketika ini ada lebih RM 80 billion harta milik orang maat1i

masih terbeku, ada hampir 1 juta geran tanah masih milik orang maat1i dan banyak kes perbalahan antara waris berlaku yang menyebabkan urusan pusaka tidak selesai

SEKIRANYA PERKHIDMATAN SAYA DIPERLUKAN UNTUK MENYELESAIKAN ISU INI, SAYA SEDIA UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN SECARA PERCUMA, INSYAALLAH

Pandangan ikhlas dari KAMARUL AZMAN. CEO Mypusaka

Pemegang tauliah berceramah dan mengajar Faraid dan Urus Pusaka dari Pejabat Mufti Negeri Sembilan ( No Ruj 02749)

Ilmu Faraidh ni bukan sekadar main saman menyaman. Ingat… Adik beradik suami terhalang oleh ANAK LELAKI… Walaupun anak itu bawah umur, walaupun ANAK LELAKI masih janin yang belum dilahirkan, dia TETAP ADA HAK faraid”Isteri ada HAK untuk uruskan harta pusaka kerana ada ANAK YATIM yang perlu ditunaikan haknya.

Berikut pula perkongsian dari Peguambela & Peguamcara ~Peguam Syarie ~Perunding Keluarga & Harta Pusaka, Roslina Sabiyah & Co.

Suami men1ingg4l, men1inggalkan ibu, isteri dan anak lelaki
Ibu dapat 1/6.

Isteri dapat 1/8.

Anak lelaki dapat baki keseluruhan.

Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki.

Walaupun anak lelaki itu bawah umur.. walaupun anak lelaki itu masih kecil.. walaupun anak itu masih janin yang belum dilahirkan.. dia tetap ada hak faraid dia. Kalau tak tau pasal harta pusaka, janganlah tunjukkan sangat kejahilan tu. Isteri ada hak untuk uruskan harta pusaka kerana ada anak yatim yang perlu ditunaikan haknya.

Selepas seseorang men1ingg4l, adakah langsung tak boleh gunakan atau ambil harta dia walau sedikit? Adakah semuanya akan terus autom4t1k kena faraid?

Nak urus harta pusaka ada tertib dan aturannya. Faraid itu proses yang paling akhir sekali. Sebelum sampai ke faraid kena melalui proses pentadbiran dan pengurusan harta pusaka terlebih dahulu :

1)Belanja pengebumian.

2)Selesaikan hutang2 si maat1i.

3)Badal haji jika belum menunaikan haji.

4)Laksanakan wasiat jika ada (wasiat kepada bukan waris).

5)Laksanakan hibah jika ada.

6)Selesaikan urusan tuntutan harta sepencarian oleh isteri terlebih dahulu

7)Kos pengurusan termasuklah perbelanjaan yang berkaitan dalam menguruskan pusaka. Dah tolak semua di atas bakinya barulah boleh difaraid.

Bahagian anak bawah umur, ibunya boleh jadi pentadbir dan pemegang amanah. Tugas pentadbir termasuklah menguruskan bahagian anak bawah umur tersebut untuk urusan belanja harian, makan minum, urusan persekolahan dan sebagainya. Tak semestinya kena tunggu 18 tahun baru boleh digunakan harta2 tu. Umur 18 tahun tu untuk proses tukarnama dari nama pentadbir kepada nama anak tu. Tapi tak bermakna pentadbir tak boleh gunakan harta tu untuk urusan pembesaran dan perbelanjaan anak tersebut.

Sesungguhnya.. Perebutan harta pusaka itu benar. Penganiayaan terhadap balu dan anak yatim itu benar.

Persengketaan dan salah faham tentang harta pusaka itu benar.

Kejahilan tentang faraid dan harta pusaka itu benar.

Campurtangan dari waris2 yang tidak berkenaan itu juga benar.

Kita tidak akan faham jika kita sendiri tidak melaluinya. Maka jangan tunggu nak terhantuk baru nak tergadah. Belajarlah dan ambillah pengajaran dari pengalaman orang lain.

“Sesungguhnya orang2 yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)” (Surah An-Nisa : ayat 10)

“Ada cara lebih baik untuk berdamai” – Achey
Dalam pada itu Achey berharap kemelut tersebut berakhir dengan baik kerana bimbang akan memberi kesan kepada anak arrwaah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia setahun.

Ali memfailkan saman balas terhadap kakak iparnya.

“Apa yang berlaku ini boleh dijadikan iktibar kepada orang lain dan juga diri saya sendiri. Tidak mustahil perkara itu boleh terjadi kepada diri kita sendiri. Saya dan keluarga pun kena ambil iktibar.

“Kalau terjadi kepada saya, mungkin boleh selesaikan dengan berdamai supaya semua pihak mendapat keadilan. Apa-apa pun saya berharap kemelut ini berakhir dengan baik.

“Sebab anak itu (anak arrwaah Abam) akan membesar. Kita tak nak nanti dia ada sifat menyalahkan semua pihak. Kita nak dia membesar mengenali semua keluarganya dengan baik, ” ujarnya.

p/s: Apa yang terjadi antara mereka berdua itu boleh diambil sebagai pengajaran kerana beranggapan mungkin ia boleh berlaku kepada diri kita serta keluarga.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu